pes kunyit

Setiap kali menggoreng ikan atau ayam, kita biasanya hanya melumurnya dengan garam dan serbuk kunyit kan? Kali ini, apa kata kita cuba cara membuat pes kunyit yang lebih istimewa, bukan sekadar garam dan kunyit semata.

Dengan pes kunyit homemade ini, hasil gorengan anda pasti akan menjadi lebih sedap dan lazat dari biasa. Bukan itu sahaja, pes ini juga sangat memudahkan ibu-ibu yang bekerja kerana mereka masih boleh menyediakan masakan yang enak untuk seisi keluarga walaupun dalam kesibukan.

Pes ini juga boleh bertahan lama jika tidak disimpan di dalam peti sejuk. Apabila ingin digunakan, anda hanya perlu melumurkannya pada ayam, ikan atau daging. Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Pes Sambal Belacan Serba Guna, Boleh Masak Macam-Macam Menu!

Bahan-bahan:

Cara-cara:

  1. Kisar garam, daun limau, serai, dan jus limau nipis hingga halus.
  2. Masukkan halia, kunyit, dan bawang putih, kemudian kisar hingga semua bahan sebati.
  3. Pindahkan campuran ke dalam bekas kedap udara.

Stok ini siap untuk dilumurkan pada ayam, ikan, atau daging. Jika ingin gunakan untuk ayam atau ikan bakar, boleh tambah serbuk cili untuk rasa yang lebih pedas. Selamat mencuba!

Kredit: Shalina Snek N Pastry

Baca juga: Cara Buat Pes Pandan Homemade, Bau Wangi Semerbak Tak Sama Macam Beli

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN