pancake pisang

Jika melancong ke Thailand, tak sah kalau tak cuba makan makanan jalanan mereka seperti pancake pisang atau banana pancake. Sangatlah sedap lebih lagi jika dinikmati ketika masih panas.

Tapi kalau nak pergi ke sana semata-mata untuk makan pancake pisang ni macam tidak berbaloi. Jadi jom kita cuba buat sendiri di rumah.

Mungkin rasanya tidak sebiji sama macam di Thailand, tapi sedikit sebanyak dapat mengubati kerinduan anda terhadap makanan Thailand ini.

Ikuti resipi mudah yang telah dikongsikan oleh gadis yang bernama Aiman ini di twitter. Selamat mencuba!

Resipi Pancake Pisang Thailand

Bahan-bahan:

  • Paratha segera
  • Sebiji pisang
  • Mentega masin
  • Gula
  • Hazelnut spread / Susu pekat (Boleh diganti mengikut citarasa anda)

Cara-cara:

1. Nyahbeku paratha segera selama 5 minit (kekalkan di atas plastik).

2. Potong pisang dan susun di atas paratha.

3. Lipat bahagian tepi paratha ke dalam.

4. Cairkan mentega masin di dalam kuali.

5. Goreng kedua bahagian sehingga garing.

6. Taburkan sedikit gula. Kemudian balikkan dia. Biar selama 2 hingga 3 minit supaya masak sekata dan garing.

7. Bila dah masak, sapu hazelnut spread. Kalau tak suka chocolate, ganti susu pekat manis. Potong, makan suam-suam sedap!

pancake pisang

Kredit: Twitter @aimartian

Baca juga: Resipi Puding Coklat Milo Yang Kurang Manis, Tekstur Pun Lebih Lembut!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN