nona manis keladi

Nona manis keladi adalah sejenis kuih tradisional yang mempunyai rasa lemak manis dengan tekstur yang lembut dan gebu. Kuih ini bukan sahaja sedap dimakan, tetapi juga menarik perhatian dengan warna ungu lembut di bahagian luar dan tompok putih di tengahnya.

Resipi ini menggunakan bahan yang mudah didapati dan cara penyediaannya juga tidak rumit, sesuai untuk dihidangkan pada majlis istimewa atau sebagai hidangan manisan keluarga.

Selain itu, untuk memastikan kuih kukus dengan sempurna, pastikan pengukus dipanaskan terlebih dahulu sehingga air betul-betul mendidih sebelum memasukkan kuih ke dalamnya.

Jom baca resipi penuh di bawah ini.

Baca lagi: Resipi Mihun Goreng Kosong, Warnanya Yang Cantik Buat Hati Tertawan!

RESIPI NONA MANIS KELADI

Bahan-Bahan yang Diperlukan:

Bahan A:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 1/2 cawan gula
  • 1 biji telur

Cara Penyediaan Bahan A:

1. Di dalam sebuah bekas, kacau semua bahan A menggunakan whisk hingga sebati dan tidak bergentel.

Bahan B:

  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/4 cawan gula
  • 1 cawan santan
  • Pewarna ungu (purple oil base)
  • Perisa keladi (yam emulco)
  • Secubit garam

Cara Penyediaan Bahan B:

1. Masukkan semua bahan B ke dalam periuk, kemudian kacau rata sehingga sebati.

2. Masak adunan ini di atas api perlahan sambil sentiasa mengacau sehingga likat.

3. Setelah adunan likat, tutup api dan biarkan adunan suam seketika.

4. Campurkan bahan A yang telah disediakan tadi ke dalam periuk bersama bahan B, kacau rata. Untuk lebih mudah, boleh juga kisar adunan ini menggunakan blender dan tuangkan ke dalam jag kecil untuk memudahkan proses menuang.

Bahan C (Bahagian Putih):

  • 1 kotak kecil santan kotak (campurkan dengan 1 cawan air untuk mendapatkan 2 cawan santan)
  • 3-4 sudu besar tepung gandum
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam (bahagian ini perlu mempunyai sedikit rasa masin)

Cara Penyediaan Bahan C:

1. Satukan semua bahan C di dalam periuk, kacau rata sehingga sebati.

2. Masak di atas api perlahan sehingga adunan likat dan menggelegak. Pastikan sentiasa kacau supaya tidak bergumpal.

3. Setelah adunan masak, tutup api dan tuangkan ke dalam botol sos kecil atau bekas yang sesuai untuk proses ‘piping’ di tengah kuih.

Cara-Cara Penyediaan Kuih Nona Manis Keladi:

1. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang supaya kuih tidak melekat apabila dikeluarkan.

2. Tuangkan adunan keladi (campuran bahan A dan B) ke dalam acuan hingga mencapai 3/4 penuh.

3. Gunakan botol sos atau piping bag untuk memancitkan adunan putih (bahan C) di tengah-tengah adunan ungu tadi.

4. Panaskan pengukus hingga air mendidih sepenuhnya. Kukus kuih nona manis selama 10 minit menggunakan api sederhana besar.

5. Setelah masak, biarkan kuih sejuk seketika sebelum dikeluarkan daripada acuan. Kuih nona manis keladi siap dihidangkan!

Sumber: Mai Masak Bersama Kak Nurie

Baca lagi: “Terkedu Tengok Harga..” – Nasi Lemak Bernilai RM410 Ini Buat Netizen Tergamam!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN