nasi goreng tomyamRasanya yang pedas serta sedikit masam membuatkan nasi goreng tomyam ini menjadi pilihan ketika berada di kedai. Menu ini pun tidak susah untuk dibuat.

Bahannya lebih kurang jika anda ingin buat mee tomyam mahupun kuah tomyam. Senang sahaja sekiranya sudah ada rencah yang betul. Selain itu, anda juga boleh menukar protein mengikut citarasa sendiri.

Kalau anda ingin buat untuk yang tersayang, haruslah ikut resipi perkongsian oleh Cik Puan Noorhafizah Ismail di bawah ini.

Lepas dah buat sendiri, mesti tak berpaling ke kedai!

Baca lagi: Resepi Kari Ayam Bangladesh Simple Tanpa Santan, 3 Langkah Saja Dah Siap!

RESIPI NASI GORENG TOMYAM

Bahan-Bahan:

  • Udang atau sotong
  • Bawang merah dan bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu cili kisar
  • Daun limau purut
  • Serai (dihiris)
  • Cili padi (pilihan)
  • Kiub tomyam
  • Kubis bunga dan lobak merah

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang serta cili kisar hingga naik bau.

2. Masukkan kiub tomyam, daun limau purut, dan serai. Kacau sebati.

3. Tambah sedikit air jika pekat, masukkan udang dan biarkan hampir kering.

nasi goreng tomyam

4. Masukkan nasi, sotong, dan sayur, kacau hingga sebati.

5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Siap dihidangkan bersama keropok.

Sedap, kan? Rugi kalau tak cuba.

Selamat mencuba!

Sumber: Noorhafizah Ismail

Baca lagi: Cara Buat Puding Awan Yang Lembut, Cair Di Mulut & Menyegarkan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN