Zaman dahulu ini lah snek untuk budak-budak kecil iaitu sengkuang calit. Paling nikmat bila makan tengah cuaca panas, nikmat jus dari sengkuang dengan sos sengkuang tu memang tak terkata. Tapi zaman sekarang, sudah jarang jumpa orang menjual sengkuang calit, kalau ada yang jual pun harganya boleh tahan juga. Nak buat sos sengkuang calit ni tak susah pun, bahannya pun mudah didapati di pasaraya. Jom cuba resepi sos sengkuang calit yang dikongsikan oleh theduch.ess di Cookpad!

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Mudah

FAKTA MASAKAN

10 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

SOS SENGKUANG CALIT

Zaman dahulu ini lah snek untuk budak-budak kecil iaitu sengkuang calit. Paling nikmat bila makan tengah cuaca panas, nikmat jus dari sengkuang dengan sos sengkuang tu memang tak terkata. Tapi zaman sekarang, sudah jarang jumpa orang menjual sengkuang calit, kalau ada yang jual pun harganya boleh tahan juga. Nak buat sos sengkuang calit ni tak susah pun, bahannya pun mudah didapati di pasaraya. Jom cuba resepi sos sengkuang calit yang dikongsikan oleh theduch.ess di Cookpad!

BAHAN-BAHAN
  • 5 keping gula nisan

  • 5 sudu besar sos cili

  • 5 sudu besar cili kisar

  • Asam jawa sebesar ibu jari (bancuh dengan 1/4 cawan air)

  • 1/2 sudu kecil garam

  • 1/4 cawan kicap lemak manis

  • 1 sudu kecil pewarna merah (boleh skip kalau taknak)

  • * 5 sudu besar tepung ubi kayu (bancuh dengan 3 sudu besar air)

  • * 2 sudu besar bijan sangai

Kredit: theduch.ess

CARA PENYEDIAAN
  • Campur semua bahan kecuali yang bertanda *. Kalau nak lebih manis boleh lebihkan gula nisan atau tambah gula pasir.

  • Gaul dan buka api kecil. Sentiasa dikacau sebab mudah hangit. Gaul sampai semuanya cair sebati.

  • Bila dah mendidih, tuang bancuhan tepung ubi sedikit demi sedikit sambil terus kacau.

  • Kacau lebih kurang dalam 5 minit tanpa henti sehingga sos semakin pekat dan berkilat. Api masih kecil.

  • Tutup api dan masukkan bijan. Kacau sebati dan alih dari tungku. Biarkan sejuk. Nanti makin lama makin pekat likat. Simpan dalam botol di dalam peti ais.

  • Sedia untuk dimakan. Taburkan sekali kacang goreng di atas sos sengkuang calit.

TIPS

Rasa masam manis dan masin ikut citarasa masing-masing. Boleh lebih atau kurangkan bahan.Boleh letak jus lemon sikit untuk rasa sos yang lebih masam.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.