Pernah cuba Mi Sanggul? Memang sedap tau! Tapi agak sukar nak jumpa hidangan ini di kedai. Kalau ada jual, memang ‘rare’ lah!
Mi Sanggul ini agak popular di negeri belah utara iaitu Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Jadi memang agak susah nak jumpa bila duduk di tempat lain. Kena beli borong baru puas hati nak masak bila-bila.
Kalau ada mi ini di rumah, kerja memasak pun jadi senang. Boleh disimpan lama kerana mi ini adalah jenis mi kering. Jadi bila-bila nak makan, tinggal masak je.
Baca juga: Cara Buat Mee Kuning ‘Homemade’, Lagi Kenyal Dan Jimat!
Teksturnya pula nipis dan lembut. Ramai yang suka mi sanggul kerana lebih sedap daripada mi kuning biasa. Sangat sesuai dihidangkan untuk sarapan ataupun minum petang. Tapi kalau yang jenis bujang
Jom cuba resipi dari perkongsian dari Nurul Ateekah di Facebook ini. Resipinya ini trending kerana mendapat 3k tanda suka, 384 komen serta 3.5 perkongsian. Fuhh! memang ada ramai penggemarnya termasuklah min. Hiks!
RESIPI MI SANGGUL GORENG BASAH
Untuk resipi ini, beliau menggunakan udang segar sebagai rencah dalam menggoreng. Tapi kalau nak lagi kicks rasanya sehingga makan bertambah, min lagi suka menggunaka udang kering yang sudah ditumbuk. Memang semerbak bau bila menumis tau.
Portion hidangan: 2-4 orang
Bahan-bahan:
-
2 paket mi sanggul (direbus @ rendam sehingga lembut dan toskan )
-
Udang (dicuci bersih)
-
4 biji telur
-
4 ulas bawang putih (dikatok)
-
1 biji Tomato (belah 4)
-
Kucai
-
Taugeh
-
7 sudu besar cili kisar
-
4 sudu besar sos tiram
-
4 sudu besar sos cili
-
4 sudu besar sos tomato
-
Kicap Manis
-
Garam
Cara-caranya: