mi bandung

Rupanya ini resepi rahsia mi bandung yang sedap dan padu dari biasa. Sekali suap, dijamin akan nak makan berkali-kali!

Cara memasaknya juga tidak terlalu renyah seperti resipi lain. Yang penting, wajib sediakan semua bahan-bahan yang diperlukan.

Untuk mengetahui apakah bahan-bahan dan cara penyediaannya, mari kita sama-sama ikuti resipi perkongsian oleh Puan Fara Lome di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Masak Mee Jawa Simple Tapi Sangat Sedap, Kuah Pun Pekat Elok!

RESEPI MI BANDUNG

Bahan-bahan:

  • Bawang putih 3 ulas
  • Lada kering 2 sudu besar
  • Sos tiram 1 sudu besar
  • Sos cili 5 sudu besar
  • Ayam/sotong/udang (udang WAJIB ada)
  • Semangkuk air
  • 1/2 kiub pati ayam
  • Telur 1 biji
  • Garam
  • Gula
  • Sayur kubis/sawi/lobak merah
  • Mi kuning
  • Daun sup
  • Bawang goreng
  • Ketuk cili padi
  • Limau nipis

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih, lada kering, sos tiram dan sos cili.
  2. Kemudian, masukkan udang. Boleh juga tambahkan ayam dan sotong jika suka.
  3. Masukkan semangkuk air serta kiub ayam.
  4. Bila dah menggelegak, pecahkan telur dan perasakan dengan garam serta gula.
  5. Selepas itu, masukkan sayur kubis, sawi dan lobak merah.
  6. Akhir sekali, masukkan mi kuning dan biarkan seketika sebelum tutup api.
  7. Jika kuah tidak pekat, tambahkan lagi sos cili.
  8. Akhir sekali, taburkan daun sup, bawang goreng, cili padi dan perah limau nipis.
  9. Sedia untuk menjamu selera. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Fara Lome

Baca juga: Cara Buat Mee Rebus Terengganu Stail, 5 Minit Dah Siap Masak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN