Yee sang merupakan salah satu menu wajib masyarakat Cina semasa menyambut Tahun Baharu Cina. Mereka percaya bahawa semakin tinggi yee sang di angkat semasa digaul, maka lebih banyak kemakmuran yang bakal dinikmati sepanjang tahun. Jom cuba resepi yee sang versi sihat dan halal yang telah dikongsikan oleh Mieyxa Yusuf di Cookpad!
PENULIS
najahnurul
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN

YEE SANG TELUR
Yee sang merupakan salah satu menu wajib masyarakat Cina semasa menyambut Tahun Baharu Cina. Mereka percaya bahawa semakin tinggi yee sang di angkat semasa digaul, maka lebih banyak kemakmuran yang bakal dinikmati sepanjang tahun. Jom cuba resepi yee sang versi sihat dan halal yang telah dikongsikan oleh Mieyxa Yusuf di Cookpad!
BAHAN-BAHAN YEE SANG
2 biji telur dipukul
1/4 sudu kecil garam himalaya dipukul
1/2 sudu kecil lada hitam dipukul
1/2 biji lobak merah disagat
1/2 biji kubis dipotong halus
12 biji kacang gajus ditumbuk kasar
BAHAN- BAHAN SOS ALA THAI
2 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1 biji jus lemon
Daun ketumbar
1/4 sudu kecil garam himalaya
2 sudu kecil madu asli atau gula perang
Kredit: Mieyxa Yusuf
CARA PENYEDIAAN
Sediakan semua bahan. Mula dengan memukul telur, garam & lada hitam. Goreng nipis telur tersebut gulung dan potong membulat.
Sagat lobak merah, kubis di potong nipis dan tumbuk kasar kacang gajus. Susun di dalam pinggan.
Sediakan sos ala Thai dengan campur semua bahan cili, bawang putih, jus lemon, garam, daun ketumbar, madu dan dikisar.
Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.