Resepi yang kita kongsikan hari ini merupakan salah satu kuih tradisional orang Jawa. Sesetengah orang panggil kuih ini kuih topi dan ada juga yang memanggilnya cucur jawa. Cucur jawa ini rasa dia manis-manis gula melaka, nampak senang nak buat kuih ini tapi kalau salah langkah semasa nak buat tu, kuih anda akan menjadi keras. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Aznie Khasri di Cookpad.

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

20 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

KUIH TOPI / CUCUR JAWA

Resepi yang kita kongsikan hari ini merupakan salah satu kuih tradisional orang Jawa. Sesetengah orang panggil kuih ini kuih topi dan ada juga yang memanggilnya cucur jawa. Cucur jawa ini rasa dia manis-manis gula melaka, nampak senang nak buat kuih ini tapi kalau salah langkah semasa nak buat tu, kuih anda akan menjadi keras. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Aznie Khasri di Cookpad.

BAHAN-BAHAN
  • 2 cawan tepung beras

  • 2 cawan tepung gandum

  • 1 cawan gula pasir

  • 1 cawan gula merah

  • 2 cawan air kelapa

  • Secubit garam

Kredit: Aznie Khasri

CARA PENYEDIAAN
  • Air kelapa dan gula dimasak sehingga gula hancur. Biarkan sejuk.

  • Tapis bancuhan gula. Kemudian bancuh dengan tepung gandum. Sebatikan.

  • Peram sekurang-kurangnya selama 4 jam. Lagi lama lagi bagus.

  • Panaskan minyak masak. Masukkan 1 senduk bancuhan, tunggu permukaan atas sedikit mengering dan akan keluar sedikit adunan dari tengah-tengah. Terus terbalikkan, siram-siram sikit minyak diatasnya.

  • Angkat dan hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.