Resepi mudah dan sedap yang kita kongsikan kali ini adalah kulit lembu goreng kicap. Menu yang simple makan bersama nasi panas sahaja pun sudah cukup. Tapi yang paling penting korang kena pastikan dah cuci and rebus kulit lembu tu siap-siap supaya bersih dan tak liat. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nana Daud di Cookpad.
PENULIS
najahnurul
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN

KULIT LEMBU GORENG KICAP
Resepi mudah dan sedap yang kita kongsikan kali ini adalah kulit lembu goreng kicap. Menu yang simple makan bersama nasi panas sahaja pun sudah cukup. Tapi yang paling penting korang kena pastikan dah cuci and rebus kulit lembu tu siap-siap supaya bersih dan tak liat. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nana Daud di Cookpad.
BAHAN-BAHAN
Kulit lembu – direbus dan dipotong kecil-kecil
Black fungus
Kentang – dipotong kecil dan digoreng
Suhun
Bawang putih dan bawang merah – dimayang
Cili – dicincang
Belacan
Garam dan Ajinomoto
Kicap pekat
CARA PENYEDIAAN
Goreng kentang terlebih dahulu secara berasingan.
Rebus dan potong kecil kulit lembu.
Bahan-bahan yang perlu dimayang, mayangkan terlebih dahulu.
Sediakan kulit lembu dan black fungus.
Tumis bahan yang dimayang. Kemudian, masukkan kulit lembu dan black fungus.
Masukkan suhun. Kacau rata dan perasakan garam dan Ajinomoto. Biarkan seketika dan siap.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.