Kalau korang rasa nak makan makan sup ikan yang berkuah rasa masam dan pedas selain daripada tomyam, korang boleh cuba buat Tom Som Pla ikan merah. Rasa yang sangat menyegarkan dan boleh menaikkan selera makan korang tau. Jom cuba resepi yang dikonsgikan oleh Sesimple Loralin di Cookpad.

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

TOM SOM PLA

Kalau korang rasa nak makan makan sup ikan yang berkuah rasa masam dan pedas selain daripada tomyam, korang boleh cuba buat Tom Som Pla ikan merah. Rasa yang sangat menyegarkan dan boleh menaikkan selera makan korang tau. Jom cuba resepi yang dikonsgikan oleh Sesimple Loralin di Cookpad.

BAHAN-BAHAN
BAHAN A
  • 3 keping ikan merah, ikan tenggiri atau ikan berisi pejal

  • 1/4 cawan halia muda (dihiris)

  • 1 batang serai (dihiris halus)

  • 1/2 sudu besar serbuk lada putih atau hitam

  • 1/4 cawan gula melaka

  • 1/3 cawan air asam jawa pekat

  • 3 cawan stok ayam

  • 4 sudu besar sos ikan

  • 3 urat daun bawang (dihiris)

  • 1 tangkai daun ketumbar (dihiris)

BAHAN B (BAHAN KISAR)
  • 1/2 biji bawang merah besar

  • 4 urat akar ketumbar

  • 1/2 sudu teh belacan atau udang kering

CARA PENYEDIAAN
  • Didihkan air stok ayam bersama bahan kisar dan serbuk lada hitam.

  • Masukkan kepingan ikan, halia, serai dan asam jawa.

  • Tambahkan sos ikan, gula melaka. Masak sehingga mendidih dan sehingga ikan masak. Tambah garam jika perlu. Tambah air juga jika perlu.

  • Tutup api. Tambahkan daun bawang dan daun ketumbar.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.