Nasi daun limau ini diinspirasi daripada sebuah restoran di Bandung. Kalau korang yang tahu rasanya dan baunya juga lebih kurang sama dengan rasa nasi goreng cili padi. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Jeehan Kitchen di Cookpad.

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

20 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

NASI DAUN LIMAU

Nasi daun limau ini diinspirasi daripada sebuah restoran di Bandung. Kalau korang yang tahu rasanya dan baunya juga lebih kurang sama dengan rasa nasi goreng cili padi. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Jeehan Kitchen di Cookpad.

BAHAN-BAHAN
  • 15 helai daun limau purut

  • 20 g bawang putih dicincang halus

  • 2 sdb mentega

  • 1/2 sdk garam bukit

  • 1/2 sdk serbuk pati ayam

  • 1/8 sdt lada sulah

  • 500 g nasi panas (baru siap di masak)

Kredit : @Jeehan_ Kitchen

CARA PENYEDIAAN
  • Buang bahagian keras pada daun limau, kemudian cincang sehingga halus daun limau tersebut dan ketepikan.

  • Cincang halus bawang putih tersebut.

  • Panaskan mentega, masukkan bawang putih dan daun limau, tumis sehingga keperangan.

  • Perisakan dengan garam, serbuk pati ayam, lada putih dan gaulkan sebati. Tutup api dan angkat.

  • Campurkan bahan tumis dengan nasi panas dan gaulkan sebati.

  • Nasi daun limau sedia untuk dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.