mee kampua sarawak

Sebelum ini, ramai yang telah kongsikan kesedapan Mee Kampua Sarawak sampaikan viral di TikTok. Bukan saja cara buatnya mudah, malah bahan juga tak terlalu banyak digunakan.

Kedai makan di bandar Sibu, Sarawak sering menyediakan hidangan ini. Orang kata, kalau datang situ kena cuba sekali seumur hidup kerana rasa sedapnya lebih mantap dan asli.

Walaupun Mee Kampua Sarawak kelihatan lebih kurang sama seperti mee kolok, namun terdapat perbezaan pada cara hidangannya iaitu lebih kering dan kurang bersup.

Selain itu, Mee Kampua Sarawak biasanya dihidang bersama kepingan daging atau ayam, manakala mee kolok selalu dihidangkan dengan daging atau ayam yang dicincang.

Buat anda yang rindukan masakan di Sarawak, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh masakwithmeen di TikTok ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Mee Kolok Sarawak Resipi Asli, Tengok Pun Dah Tahu Sedap!

RESIPI MEE KAMPUA SARAWAK

mee kampua sarawak

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus mee kampua
  • Ayam
  • Sos tiram
  • Kicap
  • Madu
  • Black pepper
  • Garlic powder

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, perapkan ayam dengan sos tiram, kicap, madu, black pepper dan garlic powder sekurang-kurangnya 30 minit (lebih lama, lebih sedap).

2. Kemudian, letak ayam atas tray oven dan tuangkan lebihan sos tadi atas ayam. Bakar selama 20 hingga 25 minit dengan suhu 180ºC.

3. Sementara itu, boleh celur mee kampua dalam air yang mendidih selama 2 hingga 3 minit. Terus angkat dan toskan.

4. Seterusnya, gaulkan bersama bahan-bahan yang telah diberikan seperti kicap, minyak sayuran, sos dan lain-lain sampai sebati.

5. Akhir sekali, potong ayam yang telah dibakar tadi dan susunkan sebelah mee kampua. Siap untuk dihidang!

mee kampua sarawak

Lihat saja Mee Kampua Sarawak, sudah tentu anda bakal terliur. Rasa mee yang kenyal bersama sos yang pekat, ditambah pula ayam bakar pasti buat selera makan menjadi-jadi.

Kami yakin pasti ada di antara ahli keluarga anda yang belum tahu tentang hidangan yang mudah dan sedap ini. Cuba saja sediakan untuk mereka menjamu selera, pasti terkejut nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: masakwithmeen

Baca juga: Resepi Laksa Sarawak Paling Asli, Kuah Dijamin Tiada Rasa Jamu

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN