Kek laici adalah di antara salah satu kek yang sangat jarang kita boleh jumpa di kedai-kedai yang menjual kek. Kalau betul cara buat kek laici ni, memang korang akan dapat kek yang selembut kapas. Rasa kek laici sangat cukup rasa ada masam, manis dan sangat berlemak. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Norashikin Rahmat di Cookpad!

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

KEK LAICI

Kek laici adalah di antara salah satu kek yang sangat jarang kita boleh jumpa di kedai-kedai yang menjual kek. Kalau betul cara buat kek laici ni, memang korang akan dapat kek yang selembut kapas. Rasa kek laici sangat cukup rasa ada masam, manis dan sangat berlemak. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Norashikin Rahmat di Cookpad!

BAHAN-BAHAN
  • 6 biji telur gred A
  • 100g tepung naik sendiri

  • 80-100g gula kastor

  • 70g minyak jagung

  • 85g susu cair

  • 2 sdt esen vanila

  • 2 sdt perisa laici

  • 1 sdt krim tartar

  • 2-3 titik perwarna merah jambu

CARA PENYEDIAAN
  • Asingkan telur putih dan telur kuning di dalam bekas yang berlainan.

  • Pukul putih telur dengan krim tartar sehingga berbuih.

  • Masukkan gula sedikit demi sedikit, pukul sehingga kental. Ketepikan sebentar.

  • Dalam bekas yang lain pula, masukkan kuning telur, minyak, susu cair, esen vanila, perisa laici dan pukul sehingga gebu.

  • Masukkan tepung, pukul lagi sehingga gebu.

  • Ambil sesenduk putih telur tadi masukkan kedalam adunan kuning telur. Kaup balikkan perlahan-lahan sehingga sebati.

  • Tuangkan semua putih telur kedalam adunan kuning telur, kaupbalikkan perlahan-lahan sehingga sebati.

  • Bahagikan adunan kepada dua bekas. Satu bekas warnakan merah jambu. Satu bekas lagi biarkan dengan warna asal.

  • Tuang ke dalam loyang 8 inci yang telah dilapik baking paper secara berselang seli. Buat sehingga habis.

  • Bakar secara waterbath dengan suhu 150c selama 1 jam. Apabila sudah masak, keluarkan loyang daripada ketuhar. Tunggu 4-5 minit kemudian terbalikkan kek diatas redai. Biarkan sehinga kek betul-betul sejuk baru dipotong.

  • Sedia untuk dinikmati.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.