Kalau biasa makan di restoran mamak pasti anda familiar dengan gulai kari telur sotong. Jadi kali ini kita kongsikan resepi bersama telur sotong tetapi masak lemak bersama bahan lain iaitu buah belimbing. Rasanya lemak dan masamnya memang menjadi satu gabungan yang mantap. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Lily Suryani Mohd Ali di Cookpad.

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

MASAK LEMAK TELUR SOTONG BELIMBING

Kalau biasa makan di restoran mamak pasti anda familiar dengan gulai kari telur sotong. Jadi kali ini kita kongsikan resepi bersama telur sotong tetapi masak lemak bersama bahan lain iaitu buah belimbing. Rasanya lemak dan masamnya memang menjadi satu gabungan yang mantap. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Lily Suryani Mohd Ali di Cookpad.

BAHAN-BAHAN
  • 500 gram telur sotong

  • 15 biji cili padi

  • 2 batang serai

  • 1 helai daun kunyit

  • 3 inci kunyit hidup

  • 5 biji bawang merah

  • 1 kotak santan

CARA PENYEDIAAN
  • Cuci bersih telur sotong. Kisar kunyit hidup, bawang merah dan cili sehingga hancur.

  • Tuang bahan kisar tadi ke dalam kuali dan masukkan pula telur sotong.

  • Kemudian masukkan santan dan serai yang diketuk. Masukkan juga daun kunyit.

  • Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak. Kacau sehingga mendidih dan masukan pula belimbiang. Biarkan seketika dan perasakan garam secukupnya dan boleh tutup api. Selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.