Turkish Delight atau Lokum (bahasa Turki) merupakan salah satu manisan tradisional mereka. Dalam bahasa Arab pula, manisan ini merupakan hidangan penyeri untuk menyambut tetamu. Kalau di negara mereka, manisan ini sangat manis tetapi jika kita buat sendiri kita boleh adjust mengikut tahap kemanisan yang kita mahu. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Ayudi’s Kitchen di Cookpad.
PENULIS
najahnurul
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
30 min
PENYEDIAAN
2-3 orang
HIDANGAN

LOKUM (TURKISH DELIGHT)
Turkish Delight atau Lokum (bahasa Turki) merupakan salah satu manisan tradisional mereka. Dalam bahasa Arab pula, manisan ini merupakan hidangan penyeri untuk menyambut tetamu. Kalau di negara mereka, manisan ini sangat manis tetapi jika kita buat sendiri kita boleh adjust mengikut tahap kemanisan yang kita mahu. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Ayudi’s Kitchen di Cookpad.
BAHAN-BAHAN
200 ml jus delima atau jus buah yang disukai
2 sudu besar gula (tambah kalau suka manis)
3 sudu besar tepung jagung
Sedikit kekacang (optional)
1/2 cawan kelapa parut dibahagi 2
CARA PENYEDIAAN
Taburkan sebahagian kelapa parut di dalam bekas.
Campurkan jus, gula dan tepung jagung di atas api sederhana. Selalu kacau untuk elakkan berbintik.
Kacau sehingga likat.
Masukkan kekacang pilihan. Boleh guna pumpkin seed, almond atau pistachio.
Tuang dan ratakan ke dalam mangkuk tadi perlahan-lahan.
Taburkan lebihan kelapa parut dan sejukkannya di dalam peti ais.
Potong ikut suka anda, boleh dimakan begitu sahaja.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.