Seperti yang kita tahu, cakoi sebenarnya ada dua jenis. Cakoi yang selalu kita makan adalah cakoi kosong yang dinikmati bersama sekaya dan satu lagi adalah cakoi sira. Memang tak dapat dinafikan, ramai juga yang lebih gemarkan cakoi sira kerana rasanya yang manis-manis kepedasan. Tetapi sayangnya, susah tau nak jumpa orang jual cakoi sira pedas ini. Jadi, kalau korang teringin nak makan hidangan cakoi sira, jom kita buat sendiri di rumah dengan menggunakan resepi yang dikongsikan oleh Dapur Yusfarisia. Senang je!

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

CAKOI SIRA PEDAS

Seperti yang kita tahu, cakoi sebenarnya ada dua jenis. Cakoi yang selalu kita makan adalah cakoi kosong yang dinikmati bersama sekaya dan satu lagi adalah cakoi sira. Memang tak dapat dinafikan, ramai juga yang lebih gemarkan cakoi sira kerana rasanya yang manis-manis kepedasan. Tetapi sayangnya, susah tau nak jumpa orang jual cakoi sira pedas ini. Jadi, kalau korang teringin nak makan hidangan cakoi sira, jom kita buat sendiri di rumah dengan menggunakan resepi yang dikongsikan oleh Dapur Yusfarisia. Senang je!

BAHAN-BAHAN
BAHAN A
  • 9 biji cakoi

  • 1/2 labu bawang holland

  • 1/2 labu bawang merah

  • 3 ulas bawang putih

  • 9 biji cili kering

  • Sedikit pewarna merah (optional)

BAHAN B (PERASA)
  • 2 sudu besar minyak masak

  • 6 sudu besar gula

  • 3/4 sudu kecil garam

  • 1/2 sudu kecil serbuk perasa Nazri

  • Minyak untuk menggoreng

CARA PENYEDIAAN
  • Hiriskan cakoi. Panaskan minyak yang banyak dan goreng cakoi sehingga kekuningan dan garing.

  • Angkat dan toskan. Cili kering dipotong dan dicuci kemudian direbus sehingga lenbut. Sediakan bawang holland, bawang merah, bawang putih dan cili kering tadi. Kisar sehingga halus.

  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan sedikit pewarna merah dan kacau rata. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa Nazri. Kacau rata sehingga nampak kering. Masukkan cakoi, gaul rata dan kecilkan api.

  • Kacau lagi sehingga betul-betul rata dan kering. Tutupkan api dan siap. Jika mahu dijemur juga boleh.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.