Siapa yang suka makan donat Big Apple mesti tahu kan donat dia memang lembut dan gebu. Kalau nak buat donat yang lembut dan gebu ni memang memerlukan cara dan menggunakan bahan yang betul tau. Jom cuba resepi donat mayonis yang dikongsikan oleh Nor Azlina AR di Cookpad pasti anak-anak suka.

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

DONAT MAYONIS

Siapa yang suka makan donat Big Apple mesti tahu kan donat dia memang lembut dan gebu. Kalau nak buat donat yang lembut dan gebu ni memang memerlukan cara dan menggunakan bahan yang betul tau. Jom cuba resepi donat mayonis yang dikongsikan oleh Nor Azlina AR di Cookpad pasti anak-anak suka.

BAHAN-BAHAN
BAHAN A
  • 11 gram yis kering

  • 150 ml air suam kuku

  • 2 sudu besar gula pasir

BAHAN B
  • 3 cawan rata tepung gandum

  • 2 sudu besar susu pekat

  • 2 sudu besar mayonis

  • 2 1/2 sudu besar marjerin

  • 1 sudu kecil serbuk penaik

Kredit: Nor Azlina A R

CARA PENYEDIAAN
  • Satukan bahan A. Biarkan sampai naik berbuih dalam lebih kurang 5 minit.

  • Bahan B disatukan dan digaul sebati menjadi seperti serbuk roti (berderai).

  • Apabila bahan A sudah berbuih, masukkan dalam bekas bahan B. Gaul sebati sehingga tak melekat ditangan.

  • Rehatkan doh selama 30 minit. Tutup dengan kain atau bekas supaya tidak kering.

  • Bila doh sudah kembang naik, tumbuk-tumbuk  doh untuk keluarkan angin.

  • Canai dan terap doh dengan menggunakan acuan donat. Timbang berat dalam 40-50 gram. Ini terpulang pada masing-masing.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.