kuih keriaSatu kuih yang semestinya wajib beli ketika berada di Melaka sudah tentu kuih keria. Rupa seakan-akan donat tetapi bahan utama adalah keledek.

Cara membuat kuih keria juga perlu betul-betul seimbang antara keledek, kuantiti tepung serta gula untuk menyira. Jika salah satu tak jadi, kuih keria akan kurang sedap.

Kalau beli di luar, memang tak cukup beli sikit. Kadang kala, dapat pula yang tak berapa sedap terus rasa rugi duit. Buat sendiri lagi puas hati, kan?

Jom belajar resipi dari Cik Puan Mas Cotek melalui lama sesawang Facebook. 

Baca juga: Resipi Kek Butter Horlicks, Guna Mentega Ini Lagi ‘Nyum, Nyum’!

RESIPI KUIH KERIA

Bahan-bahan Doh

  • 500 gram keledek oren (keledek warna lain juga boleh digunakan)
  • 1 cawan tepung gandum
  • Secubit garam

Bahan Sira

Cara-cara Penyediaan

1. Rebus keledek hingga empuk. Angkat dan toskan.

2. Lenyek keledek yang sudah empuk tadi dan biarkan sejuk.

3. Masukkan tepung gandum dan gaul hingga sebati.

4. Bentukkan adunan menjadi bulat-bulat dan buat lubang di tengah.

kuih keria

5. Goreng adunan tersebut dengan api sederhana sehingga terendam. Angkat dan toskan. Ketepikan.

kuih keria

6. Didihkan air bersama daun pandan, kemudian masukkan gula dan masak hingga pekat dan berbuih.

7. Apabila buih gula tinggal sedikit, masukkan kuih keria tadi dan kacau rata.

8.  Siap dan sedia untuk dihidangkan.

TIP PENTING

Semasa membulatkan adunan dan membuat lubang di tengah, sapu tangan dengan sedikit minyak supaya adunan tidak melekat.

Sumber: Mas Cotek

Baca juga: Kek Batik Melting, Ikut TIP Ini Untuk Dapat Potongan Cantik

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN