Nampak macam karipap, tapi inilah kuih Apam Puri yang disukai ramai sekarang. Lebih-lebih lagi, inti kastard di dalamnya sangat berkrim dan sedap dimakan.
Berbeza dengan karipap yang rangup, kuih Apam Puri mempunyai kulit yang lembut dan inti yang digunakan biasanya daripada campuran jagung dan tepung kastard.
Noor Ali telah kongsikan resipi kuih Apam Puri di Facebook yang sangat mudah tanpa jalan kerja yang renyah. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Buat Apam Bunny Viral, Wanita Ini Kongsi Teknik Sampai Hasil Jadi Comel
Bahan-bahan untuk inti kastard:
Bahan-bahan untuk kulit apam:
Cara-cara membuat inti kastard:
1. Mula-mula, satukan semua bahan ke dalam bekas.
2. Kemudian, kacau sehingga sebati.
3. Selepas itu, tapiskan ke dalam periuk.
4. Akhir sekali, masak di atas api yang perlahan sehingga likat. Siap!
Cara-cara membuat apam puri:
1. Mula-mula, satukan semua bahan ke dalam bekas.
2. Kemudian, kacau sehingga sebati dengan menggunakan hand mixer.
3. Selepas itu, biarkan dalam bekas kedap udara selama 25 hingga 30 minit.
4. Panaskan kuali anti lekat, sapukan sedikit minyak dan sendukkan bancuhan.
5. Apabila sudah mula menggelembung, sudah boleh angkat.
6. Akhir sekali, isikan inti dan tekap guna acuan karipap. Siap untuk dinikmati!
Agak susah nak jumpa kuih Apam Puri ini terjual di mana-mana kedai. Jika terjumpa, memang bertuah dan pasti takkan lepaskan peluang untuk membelinya.
Tapi dengan resipi ini, anda tak perlu cari di luar lagi kerana boleh buat sendiri di rumah pada bila-bila masa yang disukai.
Selamat mencuba!
Sumber: Noor Ali
Baca juga: Resepi Apam Cheese Kukus, Hasil Gebu Gebas Dengan 5 Langkah Mudah
Apabila bercerita tentang pencuci mulut, terus teringin nak makan kek yang sedap. Nak buat dengan…
Penggemar ikan masin pasti sentiasa wajib ada stok di rumah. Namun, ramai yang mungkin tertanya-tanya…
Resepi kerepek gunting versi ini sesuai untuk anak kecil kerana tidak pedas. Ia juga tidak…
Pencuci mulut yang sedang tular ini terkenal dengan rasa kopi yang kaya dan tekstur yang…
Rempeyek adalah snek paling disukai ramai, terutama ketika musim perayaan. Biasanya dibuat dengan acuan, namun…
Resipi popia kentang daging adalah hidangan ringan yang sesuai untuk dijadikan kudapan petang, sarapan pagi…