Menu kali ini mungkin pertama kali anda dengar iaitu Kerang Masak Cencaluk. Dengar nama saja pun dah kecur liur dibuatnya, ini belum lagi sedut dan kunyah kerang-kerang itu satu persatu.
Kerang sememangnya sedap jika direbus atau dibakar kemudian dicicah bersama sambal. Selain itu, kerang juga biasanya dimasak bersama mee sebagai penambah rasa. Pendek kata, semua orang pasti pernah merasa keenakan mee atau char kuetiau kerang.
Baca juga: Cara Cuci Kerang Tanpa Sental Satu Persatu, Jimat Tenaga Nak Buat!
Kerang Masak Cencaluk adalah antara hidangan laut yang jarang-jarang didengar tetapi amat mudah untuk dicuba. Ia menggabungkan kerang yang telah dimasak dengan cencaluk, yang merupakan sos tradisional yang diperbuat daripada udang yang diperam.
Cencaluk memberikan hidangan ini rasa yang unik dan beraroma. Biasanya, kerang dimasak bersama bawang, cili, dan rempah untuk menciptakan hidangan yang lazat dan pedas. Selalunya, ia sering disajikan sebagai hidangan sampingan dengan nasi putih.
Sesiapa yang ingin mencuba bolehlah ikuti resipi dari perkongsian Mathan Edward di laman TikToknya.
RESIPI KERANG MASAK CENCALUK
Bahan-bahan:
- 500g kerang – siap rebus, kopek kulit
- Bawang besar – potong dadu
- Bawang putih – potong dadu
- 6 tangkai cili padi – potong kecil
- 1 sudu besar cili kisar
- 2 sudu besar cencaluk
- Sedikit air
- Kangkung
Cara-cara memasak:
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
- Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga harum.
- Masukkan cili padi yang telah dipotong kecil-kecil dan tumis sehingga layu.
- Kemudian masukkan cili kisar dan cencaluk. Gaulkan bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
- Masukkan sedikit air dan biarkan kuah mendidih.
- Masukkan kerang yang telah direbus dan kopek kulitnya ke dalam kuali.
- Gaulkan kerang dengan kuah sehingga rata.
- Masukkan kangkung ke dalam kuali dan kacau sehingga kangkung layu.
- Setelah semua bahan-bahan sebati, bolehlah angkat dan hidangkan panas-panas dengan nasi.
Video penuh:
@mathanedward Kerang masak cencaluk pernah makan ?? Sedap gila weii cara buat sangat senang #kerangmasakcencaluk #mathanedward #chefgangster #makanlokal #rowdychef😂 #simplerecepi
Selamat mencuba!
Sumber: TikTok Mathan Edward
Baca juga: Sambal Kerang Tumis Cara SIMPLE, Sekali Rasa Mesti Meratah Lagi Punya!