Pernah cuba buat Kerabu Daging Goreng Sweet Sour ini? Menu unik ini dicipta sendiri oleh Encik Dapur dan dikongsikan di laman Facebook untuk dicuba.
Baca juga: Daging Jeruk Cara MUDAH, Hilang Diet Bila Masak Lauk Ini
Memang menarik, kerana selalunya, kerabu daging yang biasa dibuat menggunakan daging mentah. Untuk lauk ini, dagingnya digoreng terlebih dahulu sebelum dicampurkan dengan bahan-bahan kerabu.
Jika ada banyak stok daging di rumah, bolehlah mencuba untuk dijadikan santapan harian. Nak tahu macam mana rasa dan teksturnya, ikuti resipi dan cara penyediaan di bawah.
RESIPI KERABU DAGING GORENG SWEET SOUR
Bahan utama:
- Daging lembu potong besar
- Kunyit serbuk
- Sedikit garam
Bahan kerabu:
- Kacang panjang
- Cili padi
- Tomato potong dadu
- Serai
- Bunga kantan
- Bawang besar
- Daun limau purut
- Limau nipis 2 biji – jus sahaja
Bahan perasa:
- Gula
- Sedikit perasa
- Sedikit garam
Cara penyediaan:
1. Mula-mula, goreng dahulu daging yang sudah dicampur dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Selepas itu, hiris kecil semua bahan-bahan kerabu.
3. Lepas dah siap hiris, gaul daging dan bahan kerabu tadi dan perasakan ia dengan garam, gula dan perahan jus limau. Gaul sebati.
4. Kerabu daging goreng sweet sour sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba resipi mudah dan ringkas ini.
Baca juga: Hilangkan Bau Hamis Daging Segar Guna RAHSIA Ini, Baru Sedap Masak Rendang Dan Sup