Realiti hidup selepas kahwin penuh dugaan, namun pasti ada kebahagiaannya. Bagi menghargai pasangan di Malaysia, Sirap Limau memperkenalkan kempen ‘Masam Masam Manis’ yang cukup bermakna.
Kempen ini akan berlangsung bermula 1 Disember 2024 hingga 14 Januari 2025 dan banyak kisah romantis menarik bakal dikongsikan oleh pasangan yang ada di Malaysia.
Baca juga: Serbuk Rempah McCormick Wajah Baharu, Ini Antara Idea Resipi Influencer Yang Boleh Dicuba!
Walaupun ada mitos wujudnya perkahwinan sempurna, namun anda akan tahu realiti sebenar dunia perkahwinan melalui perkongsian kisah dalam kempen ‘Masam Masam Manis’ ini.
“Kami menyediakan ruang khas di laman web kempen untuk orang ramai berkongsi cerita perkahwinan mereka secara anonymous. Kisah-kisah yang dikongsikan akan menjadi sumber inspirasi bagi kandungan media sosial, memberi peluang untuk berkongsi pengalaman dan menyokong antara satu sama lain.”
-Nurul Halifah, Ketua Kandungan Sirap Limau-
Terdapat empat tema utama dalam kempen ini yang menggambarkan fasa berbeza dalam perkahwinan, iaitu Sehati Sejiwa, Gelora Perkahwinan, Kemuncak Cinta, dan Kembali Terjalin.
Setiap tema menekankan pelbagai peringkat hubungan perkahwinan dan keindahan dalam menghadapinya. Buat anda yang telah atau bakal berkahwin, pasti akan lalui semuanya nanti.
Selain meraikan cinta melalui kisah romantis, anda juga berpeluang memenangi hadiah mingguan bernilai lebih RM500 melalui cabaran foto.
Caranya cukup mudah dengan berkongsi detik bahagia anda di Facebook bersama kapsyen penuh bermakna serta menggunakan tanda pagar (hashtag) #MasamMasamManis dan #TulisKisahHati.
“Kami juga telah menjalin kerjasama dengan beberapa organisasi seperti tilljannah.my dan Andorra Women’s & Children Hospital untuk menyediakan kandungan yang relevan dan memberi impak bermakna serta meluas kepada semua.”
-Anis Amirah, Pengurus Kempen-
Kempen ‘Masam Masam Manis’ akan menutup tirai dengan sebuah program bual bicara pada 8 Januari 2025, yang bakal dihoskan oleh juruhebah radio popular, Muaz Mohamed.
Program ini menampilkan dua tetamu istimewa, iaitu Sufia Johari, seorang pencipta kandungan media sosial yang terkenal dan Haji Hushim, seorang penceramah motivasi yang pakar dalam kaunseling keluarga.
Bertemakan “Alam Perkahwinan Di Zaman Digital”, program ini akan membincangkan bagaimana media sosial dan teknologi mempengaruhi hubungan perkahwinan moden serta memberi panduan praktikal untuk pasangan dalam membina hubungan yang lebih kukuh di era digital ini.
Klik SINI untuk kongsikan pengalaman perjalanan cinta bersama pasangan yang penuh liku dalam mahligai perkahwinan. Inilah masanya untuk meluahkan segala yang terpendam.
Selain itu, anda juga boleh terus ikuti perkembangan terkini Sirap Limau di media sosial @siraplimau. Jom raikan cinta dengan kisah yang penuh romantis!
Sumber: Sirap Limau
Baca juga: Harga Sayur Naik 3 Kali Ganda Pada November Dan Disember, Ini Antara Sayur Yang Terjejas!
Apabila bercerita tentang pencuci mulut, terus teringin nak makan kek yang sedap. Nak buat dengan…
Penggemar ikan masin pasti sentiasa wajib ada stok di rumah. Namun, ramai yang mungkin tertanya-tanya…
Nampak macam karipap, tapi inilah kuih Apam Puri yang disukai ramai sekarang. Lebih-lebih lagi, inti…
Resepi kerepek gunting versi ini sesuai untuk anak kecil kerana tidak pedas. Ia juga tidak…
Pencuci mulut yang sedang tular ini terkenal dengan rasa kopi yang kaya dan tekstur yang…
Rempeyek adalah snek paling disukai ramai, terutama ketika musim perayaan. Biasanya dibuat dengan acuan, namun…