Garam belacan ini orang selalu makan dengan buah-buah muda macam mangga muda, jambu dan buah kedondong. Kalau kita dah start colek buah dengan garam belacan ni memang susah betul nak berhenti sebab sedap tak terkata. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Muniroh Annuar di Cookpad!

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Mudah

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

GARAM BELACAN

Garam belacan ini orang selalu makan dengan buah-buah muda macam mangga muda, jambu dan buah kedondong. Kalau kita dah start colek buah dengan garam belacan ni memang susah betul nak berhenti sebab sedap tak terkata. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Muniroh Annuar di Cookpad!

BAHAN-BAHAN
  • 10 biji cili kering (potong, bersih dan rebuskan)

  • 3 inci belacan

  • 15 sb kicap lemak manis

  • 12 sb gula

  • 1 sb asam jawa

  • Buah-buahan

Kredit: Muniroh Annuar

CARA PENYEDIAAN
  • Potong cili kering. Bersihkan dan rebus dalam 1 1/2 cwn air. Biar sehingga mendidih. Angkat dan toskan.

  • Masukkan dalam lesung batu, masukkan belacan sekali.Tumbuk sehingga halus. Masukkan di dalam bekas.

  • Tambahkan gula dan kicap. Kacau sebati. Masukkan asam jawa. Kacau rata dan siap. Boleh dicicah dengan sebarang jenis buah-buahan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.