Taho merupakan salah satu manisan klasik di Filipina. Orang Filipina kebiasaannya menjamu taho sewaktu sarapan. Tapi boleh je kalau kita nak makan bila-bila, taho ni sebenarnya lebih kurang macam tau fu fah je. Rasa dan kemanisan dia seakan tau fu fah, cuma jenis bahan yang digunakan sahaja berlainan. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh theduch.ess di Cookpad.

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Mudah

FAKTA MASAKAN

15 min
PENYEDIAAN

3 orang
HIDANGAN

TAHO

Taho merupakan salah satu manisan klasik di Filipina. Orang Filipina kebiasaannya menjamu taho sewaktu sarapan. Tapi boleh je kalau kita nak makan bila-bila, taho ni sebenarnya lebih kurang macam tau fu fah je. Rasa dan kemanisan dia seakan tau fu fah, cuma jenis bahan yang digunakan sahaja berlainan. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh theduch.ess di Cookpad.

BAHAN-BAHAN
  • 1 pek tofu lembut (dikukus)

  • 2 sdb biji sagu (direbus)

  • Arnibal

  • 2 keping gula nisan

  • Secubit garam

  • 1/2 cawan air

  • Daun pandan simpul

Kredit: theduch.ess

CARA PENYEDIAAN
  • Kukus tofu lebih kurang 10 minit. Biji sagu direbus sepertimana nak buat sagu gula Melaka.

  • Masak bahan untuk sirap gula. Ikut tahap kemanisan masing-masing, boleh tambah jika suka manis.

  • Cedok nipis lapisan tofu.

  • Letakkan sagu. Akhir sekali, tuangkan arnibal.

  • Sebelum makan kacau untuk campur rata semuanya.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.