Kalau korang nak tahu, batagor ini adalah makanan dari Indonesia iaitu bakso tauhu goreng tapi disebabkan bahan-bahannya yang ada tak lengkap maka tercipta la bebola ayam udang ala-ala batagor. Selalunya kalau makan bebola kita akan letak dalam sup kan, tapi kali ini kita gorengkan bebola ayam udang tu. Masa nak memasaknya juga tidak lama dan pastinya sesuai untuk dihidang kepada keluarga. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Jeehan_Kitchen di Cookpad!
PENULIS
najahnurul
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
20 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN

BEBOLA AYAM UDANG
Kalau korang nak tahu, batagor ini adalah makanan dari Indonesia iaitu bakso tauhu goreng tapi disebabkan bahan-bahannya yang ada tak lengkap maka tercipta la bebola ayam udang ala-ala batagor. Selalunya kalau makan bebola kita akan letak dalam sup kan, tapi kali ini kita gorengkan bebola ayam udang tu. Masa nak memasaknya juga tidak lama dan pastinya sesuai untuk dihidang kepada keluarga. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Jeehan_Kitchen di Cookpad!
BAHAN-BAHAN
200 gram isi ayam
100 gm isi udang
2 biji telur ayam
25 gram bawang putih dicincang halus
2 tangkai daun bawang dihiris nipis
1 sudu besar minyak bijan
1/2 sudu besar kicap
1 sudu kecil garam bukit
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu kecil gula pasir
1 sudu kecil serbuk lada putih
150 gram tepung ubi kayu
1 sudu kecil serbuk penaik organik
1 kilogram minyak masak untuk menggoreng
Kredit: Jeehan_Kitchen
CARA PENYEDIAAN
Sediakan food processor, masukan semua bahan kecuali tepung ubi kayu, baking powder dan minyak masak. Kisar hingga menjadi pes.
Masukan tepung ubi kayu dan serbuk penaik. Kisar seketika.
Alihkan adunan kedalam mangkuk atau pun besen.
Panaskan minyak masak, gunakan api kecil sahaja. Gunakan dua sudu untuk membuat bebola atau guna tangan seperti membuat bebola daging.
Goreng bebola selama 25 minit sehingga kembang dan ringan. Angkat dan toskan. Hidang Bebola ayam udang bersama sos cili kegemaran anda.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.