Bagi yang dah mula bosan asyik makan kek pisang je, apa kata korang buat resepi apam pisang merekah ini. Cara nak buat pun mudah je dan paling penting menu ini sangat sesuai dijadikan juadah minum petang. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh KAM di Cookpad.

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

20-30 min
PENYEDIAAN

3 orang
HIDANGAN

APAM PISANG MEREKAH

Bagi yang dah mula bosan asyik makan kek pisang je, apa kata korang buat resepi apam pisang merekah ini. Cara nak buat pun mudah je dan paling penting menu ini sangat sesuai dijadikan juadah minum petang. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh KAM di Cookpad.

BAHAN-BAHAN
BAHAN A (Diayak Bersama)
  • 2 cawan tepung gandum

  • 2 sudu teh serbuk penaik

  • 2 sudu teh serbuk soda

BAHAN B (DIKISAR)
  • 4 biji pisang saiz sederhana

  • 1 cawan minyak masak

  • 1/2 cawan gula

  • 2 biji telur

  • 1 sudu teh esen vanila

  • 1 sudu kecil garam

BAHAN C (ALATAN)
  • Pengukus

  • Sedikit minyak masak

  • Acuan kuih

Kredit : KAM

CARA PENYEDIAAN
  • Ayakkan tepung, serbuk penaik dan soda lalu ketepikan.

  • Sediakan pengisar lalu masukkan semua bahan-bahan kisar lalu kisarkan sehingga halus.

  • Tuangkan bahan kisar ke dalam tepung tadi lalu gaulkan sehingga tepung sebati.

  • Sediakan acuan lalu oleskan sedikit minyak supaya tidak melekat.

  • Sediakan pengukus biarkan air mendidih dahulu. Letakkan mentega sehingga hampir penuh bekasnya.

  • Kalau nak letak hiasan pisang potongkan pisang lalu letakkan diatas adunan. Kukuskan selama 20 minit atau sehingga masak.

  • Bila dah masak, tunggu sehingga apam sejuk lalu keluarkan dari acuan dan siap.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.