Kadang-kadang kita rasa bosan kan makan roti biasa je, jom cuba buat roti di rumah pula iaitu wool roll bread. Inti roti wool bread boleh kita variasikan mengikut selera masing-masing seperti kastard, jem buah dan banyak lagi. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Min Sha di Cookpad.

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

WOOL ROLL BREAD

Kadang-kadang kita rasa bosan kan makan roti biasa je, jom cuba buat roti di rumah pula iaitu wool roll bread. Inti roti wool bread boleh kita variasikan mengikut selera masing-masing seperti kastard, jem buah dan banyak lagi. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Min Sha di Cookpad.

BAHAN-BAHAN
BAHAN A
  • 250 g tepung pro tinggi

  • 2 sdb susu tepung

  • 50 g gula

  • 70 g whiping cream

  • 1 sdk yis

  • 1 sdk garam

  • 50 ml minyak Sunflower

  • 120 ml air (sesuaikan)

BAHAN B (SAPUAN)
  • 1 biji kuning telur

  • 2 sdb susu cair

  • Jem buah (inti)

CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan semua bahan.

  • Dalam bowl mixer, masukkan air, yis, gula, tepung dan whiping cream. Set pilihan knead. Biarkan menguli sebentar sehingga sebati.

  • Bila tepung dah sebati, tambahkan minyak dan garam. Biarkan bowl mixer menguli sehingga selesai dan terdengar bib. Kemudian ulang setting knead sekali lagi. Biarkan sehingga selesai bekerja.

  • Rehatkan doh selama 1 jam atau sampai doh mengembang 2 kali ganda.

  • Keluarkan doh, uli sebentar untuk membuang angin. Bahagi kepada 5 atau 6 bahagian. Gilas dan leperkan doh, setengah bahagian doh dipotong memanjang dan buat rumbai- rumbai. Masukkan jem buah sebagai inti.

  • Lipat bahagian sisi dan gulung. Lakukan sampai selesai. Bila dah siap bentuk, rehatkan doh selama 30 minit. Kemudian sapu dengan bancuhan telur dan susu cair.

  • Bakar pada suhu 170C, api atas bawah selama 15 – 20 menit, atau mengikut kesesuaian ketuhar masing- masing. Bila dah masak, keluarkan roti dan sapu dengan mentega.

  • Roti wool sedia untuk dinikmati.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.