Resepi aiskrim Malaysia ala-ala perisa Vitagen oren mudah je sebenarnya nak buat. Bahan-bahannya pun tak banyak dan yang paling penting sangat sesuai untuk dimakan ketika cuaca panas macam sekarang ni, memang lega tekak lah. Hanya guna 3 bahan sahaja tau! Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nur Azliani Amer di Cookpad!
PENULIS
najahnurul
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
15 min
PENYEDIAAN
19-20
HIDANGAN

AISKRIM MALAYSIA PERISA VITAGEN OREN
Resepi aiskrim Malaysia ala-ala perisa Vitagen oren mudah je sebenarnya nak buat. Bahan-bahannya pun tak banyak dan yang paling penting sangat sesuai untuk dimakan ketika cuaca panas macam sekarang ni, memang lega tekak lah. Hanya guna 3 bahan sahaja tau! Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nur Azliani Amer di Cookpad!
BAHAN-BAHAN
2 liter air panas
3 senduk kecil kordial oren
1/2 tin susu pekat manis
Plastik aiskrim
CARA PENYEDIAAN
Masak air panas di dalam pemanas air (water heater). Kemudian tuangkan ke dalam jug. Masukkan separuh tin susu pekat manis dan kacau rata.
Masukkan 3 senduk kecil kordial oren dan kacau rata. Sejukkan bancuhan. Setelah bancuhan sejuk dan sebelum dituang ke dalam plastik, kacau dahulu seketika. Kemudian boleh dituang, ikat dan simpan semalaman di dalam peti beku.
Siap untuk dimakan. Selamat mencuba.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.