oxygen absorber

Pernah beli biskut dalam tin dan tiba-tiba terjumpa satu pek kecil di dalamnya? Sebenarnya, ia adalah oxygen absorber yang fungsinya sangat berguna untuk menyimpan makanan.

Oxygen absorber berfungsi untuk menyerap kelembapan supaya makanan tak cepat rosak di dalam bungkusan. Hasilnya, makanan akan jadi lebih tahan lama disimpan.

Tapi, di manakah untuk dapatkan oxygen absorber ini? Tak ramai yang tahu, sebenarnya ia amat mudah didapati di mana-mana kedai pembekal bahan-bahan dan peralatan bakeri.

Ia boleh dijumpai terjual dalam pek kecil yang berwarna hijau, biru dan kuning. Sekali pandang, nampak seperti sama saja. Namun, setiap warna ada fungsi istimewanya.

Jika ingin membelinya, anda perlu pastikan ia mempunyai food grade dahulu. Selepas itu, boleh lihat warnanya dan makanan apa yang anda nak simpan nanti. Jom kita tengok!

Baca juga: 6 Jenis Susu Tin Yang Dijual Di Kedai, Dah Tahu Pilih Mana Satu Sesuai!

BEZA WARNA SETIAP PEK OXYGEN ABSORBER

1. Warna Hijau (Food Dessicant).

oxygen absorber

Kredit Gambar: TikTok syasya.abas

Jika anda menjumpai pek berwarna hijau, ia merupakan jenis Food Dessicant yang biasanya sesuai untuk kelembapan secara realitifnya adalah rendah.

Pek berwarna hijau sesuai digunakan untuk menyimpan kerepek, chips, biskut dan kek. Oleh itu, ia amat berguna sewaktu Hari Raya Aidilfitri untuk simpan kerepek dan biskut raya.

2. Warna Biru (Dry Maestro)

oxygen absorber

Kredit Gambar: TikTok normijosephabeauty

Bagaimana pula dengan pek berwarna biru? Buat pengetahuan anda, ia merupakan jenis Dry Maestro yang digunakan untuk menyimpan makanan jenis kering.

Pek berwarna biru lebih sesuai untuk menyimpan ikan bilis, kekacang, pasta dan beras. Jadi, tak hairanlah ramai suri rumah yang simpan beras dengan menggunakan pek ini.

3. Warna Kuning (Oxygen Absorber)

Kredit Gambar: Facebook Saiful Azli Suhaimi

Bagi pek berwarna kuning pula, ia jatuh dalam kategori Oxygen Absorber yang dapat mengelakkan makanan daripada menjadi lembap.

Jika anda ingin menyimpan tepung dan rempah ratus di rumah, lebih elok jika gunakan pek berwarna kuning ini kerana penyerapannya sangat bagus.

Setelah tahu jenis dan fungsi oxygen absorber, taklah main beli saja selepas ini. Jadi, jangan lupa kongsikan info berguna ini kepada keluarga dan kawan-kawan yang lain juga.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Saiful Azli Suhaimi

Baca juga: Beza ‘Tarikh Luput’, ‘Guna Sebelum’ & ‘Baik Sebelum’ Pada Label Makanan, Baru Yakin Nak Guna!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN