Categories: Infomasi

Jenis Mangga Yang Popular Di Malaysia, Orang Kata No. 3 Isi Sedap Dan Manis Leting!

Selalunya kita dengar tentang mangga Harumanis saja, tapi sebenarnya ada banyak lagi jenis mangga terjual di Malaysia yang isinya juga manis dan sedap belaka.

Selain dimakan begitu saja, mangga juga sering digunakan untuk menghasilkan pelbagai hidangan menarik seperti pulut mangga, rojak buah, kek, puding, aiskrim dan sebagainya.

Ini antara jenis mangga popular di Malaysia yang sering dijual di kedai buah. Setiap jenis mempunyai rasa isi dan aroma tersendiri. Jom kita tengok!

Baca juga: 10 Jenis Durian Di Malaysia Yang Popular, No. 5 Tu Ramai Yang Suka!

JENIS MANGGA YANG POPULAR DI MALAYSIA

1. Chokanan (MA 224)

Chokanan merupakan sejenis mangga dari Thailand yang mempunyai berat 300 hingga 400 gram dan sering dijumpai di kedai buah kerana tumbuh sepanjang tahun.

Isinya berwarna kuning jingga dan mempunyai aroma tersendiri. Lebih-lebih lagi, rasanya yang manis menjadikan buah ini digemari oleh kanak-kanak.

2. MAHA 65 (MA 165)

Jika nampak mangga berbentuk panjang dan bujur, itulah MAHA 65 dengan berat sekitar 550 hingga 600 gram dan isinya berwarna oren pekat.

Walaupun rasanya agak masam manis, namun teksturnya sangat lembut. Warna kulit hijau muda dan apabila sudah tua, ia berubah menjadi kuning kehijauan.

3. Harumanis (MA 128)

Orang Malaysia mana yang tak kenal dengan Harumanis. Boleh dikatakan, inilah mangga paling popular yang sering dijumpai di bahagian utara Semenanjung Malaysia.

Berat mangga ini agak kecil iaitu 340-450 gram dan warna kulitnya hijau. Apabila sudah masak ranum, ia akan menjadi hijau tua. Ramai suka kerana isinya manis dan aromanya sangat kuat.

4. Nam Dok Mai (MA 223)

Salah satu jenis mangga dari Thailand yang paling mudah dikenali ialah Nam Dok Mai kerana bentuknya sangat unik iaitu bujur panjang dan mempunyai berat 300 hingga 400 gram.

Kulit buah ini berwarna hijau dan apabila sudah tua ia bertukar menjadi hijau kekuningan. Isinya bertekstur licin dengan warna kuning cerah dan rasa yang manis.

5. Foo Fatt atau Golek (MA 162)

Mangga Golek atau dikenali sebagai Foo Fatt ini berbentuk lonjong panjang yang mempunyai berat sekitar 600 hingga 650 gram. Kulit buah akan menjadi hijau kekuningan atau hijau cerah apabila sudah masak dan matang.

Warna isinya adalah oren dan mempunyai sedikit fiber. Walaupun sukar dijumpai, namun mangga ini mempunyai peminatnya tersendiri kerana rasa masam yang kena dengan citarasa.

6. Melele atau Mas Muda (MA204)

Mangga Melele atau dipanggil juga sebagai Mas Muda mempunyai bentuk bulat panjang ini mempunyai berat sekitar 350 hingga 400 gram.

Kulitnya hijau cerah dengan isi berwarna kuning cerah yang bertekstur halus. Tambahan pula, mangga ini mempunyai keistimewaan dalam kombinasi rasa masam dan manis.

Nak cari jenis mangga tertentu, kena lihat pada musimnya. Jika ingin kepastian, lebih baik tanya terus kepada peniaga di kedai buah yang lebih arif tentang jenis mangga yang dijual.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia, Haluan.co

Baca juga: 10 Jenis Ikan Sedap Digoreng, No. 5 Paling Ramai Suka Masak Di Rumah!

Aimi

Recent Posts

Roti Nak Expired? Jom Buat Cucur Roti Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam

Alamak! Roti dah nak tamat tempoh? Jangan buang! Kita boleh 'selamatkan' roti itu dengan mencuba…

5 hours ago

10 Serbuk Matcha Yang Wajib Anda Tahu Sebelum Beli, Barulah Sedap Bancuh Air!

  Serbuk matcha telah menjadi trend popular dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, ramai yang…

5 hours ago

Bubur Biskut Kapal, Resipi Legend Orang Perak Yang Ramai Tak Tahu!

Teringat pula zaman kecil-kecil dulu, petang-petang mesti mak-mak akan buatkan bubur biskut kapal ini. Rasanya…

6 hours ago

Ayam Kicap Jawa Bersantan, Pembuka Selera Kenyang Sampai Menyandar!

Ayam kicap jawa atau lebih dikenali sebagai ayam kicap semur sedap dihidangkan bersama nasi panas.…

7 hours ago

Resipi Sardin Kicap Pedas, Rasa Lagi ‘Power’ Dari Masak Sambal!

Bosan asyik makan sambal sardin saja? Jom cuba resepi sardin masak kicap pedas ini pula.…

7 hours ago

Resepi Brownies Kedut, Rupanya Ada Teknik Yang Betul Nak Dapat Hasil Cantik & ‘Chewy’

Resepi brownies kedut seribu dan chewy adalah idaman ramai peminat manisan. Dengan beberapa petua istimewa,…

8 hours ago