Cendawan memang sedap, malah ia menjadi penambah rasa dalam masakan dan kaya dengan khasiat. Tapi, tahukah anda terdapat pelbagai jenis cendawan boleh dimakan dan setiap satunya mempunyai rasa serta tekstur yang unik?
Dalam artikel ini, kita akan terokai 13 jenis cendawan yang boleh dimakan, dari yang biasa dijumpai di pasar raya hinggalah yang lebih eksotik. Jom kita kenali cendawan-cendawan ini dengan lebih dekat lagi. Mungkin ada di antaranya yang belum pernah anda cuba!
Baca juga: Jenis-Jenis Butter Premium Di Malaysia, No. 2 Paling Sedap & Ramai Guna!
1. CENDAWAN KUKUR / KULAT SISIR
Cendawan kukur atau kulat sisir ini biasanya tumbuh pada batang-batang pokok getah yang telah di tebang atau tumbang. Cendawan ini berbentuk seakan kipas bersaiz 5 hingga 10 milimeter. Struktur cendawan ini kenyal dan tidak rapuh. Sedap jika dimasak masak lemak cili api atau pun digoreng. Cendawan kukur ini juga boleh dikeringkan dan disimpan lama.
2. CENDAWAN TELINGA KERA
Cendawan Telinga Kera ini juga dikenali sebagai cendawan hitam. Bentuknya seakan telinga kera. Tekstrunya lembut dan berwarna coklat, tetapi jika dikeringkan ia bertukar menjadi hitam. Cendawan ini kebiasaanya enak dimasak sup dan masak lada hitam.
Ia juga mampu merawat gangguan kardiovaskular, memecah darah beku, mengawal atur tekanan darah, merendah kolesterol dan lipid.
3. CENDAWAN SHITAKE
Cendawan Shitake ini banyak ditanam di China, Korea dan Jepun dan sering dijumpai di kawasan liar di pergunungan Asia Tenggara.
Bentuknya bulat berwarna coklat kehitaman dan mempunyai corak yang cantik di atasnya. Rasanya lembut dan memiliki aroma tersendiri. Ia boleh didapati secara segar dan kering. Enak dibuat sup cendawan.
4. CENDAWAN ENOKI
Cendawan Enokitake dikenali sebagai cendawan musim sejuk atau cendawan pinang emas kerana ia tumbuh bebas pada suhu rendah dan tumbuh banyak pada musim luruh hingga awal musim bunga.
Bentuknya panjang berwarna putih seperti tauge. Teksturnya kenyal-kenyal dan rangup apabila dikunyah. Cendawan ini agak murah di pasaran.
5. CENDAWAN BUNASHIMEJI
Cendawan Bunashimeji ini mempunyai dua warna iaitu berwarna coklat dan putih. Cendawan ini mempunyai kepala yang berbentuk bulat dan separa bulat berwarna coklat atau putih. Bahagian batangnya berbentuk selinder.
Cendawan bunashimeji ini mempunyai bau yang wangi, teksturnya lembut kenyal dan rangup. Boleh dimakan mentah dan tidak perlu dibasuh kerana ia ditanam secara organik.
6. CENDAWAN TIRAM
Cendawan tiram ditanam secara komersil di seluruh dunia dan sangat popular di Malaysia. Cendawan ini dipanggil tiram kerana bentuk pada badan, kepala cendawan dilihat seperti tiram. Rasanya agak manis, lembut dan juga pejal.
Ia boleh dimasak menggunakan pelbagai kaedah seperti digoreng, ditumis dan direbus. Cendawan ini sangat popular dalam masakan cina.
7. CENDAWAN BUTANG
Ia tumbuh secara semula jadi, bentuk cendawan ini seakan butang dan mempunyai dua warna iaitu putih dan coklat. Ia biasanya tumbuh di kawasan padang rumput dan ladang-ladang selepas hujan dari musim bunga sehinggalah musim luruh di seluruh dunia. Cendawan ini terdapat di sekitar Eropah dan Amerika Utama, namun kini ia ditanam secara komersial di seluruh dunia. Teksturnya lembut dan kenyal itu amat sedap dan menyelerakan.
8. CENDAWAN TALI
Cendawan ini memang jarang ditemukan, ia biasanya ditemui tumbuh di permukaan tanah yang terdapat anai-anai di bawahnya. Cendawan ini memiliki saiz kecil iaitu sekitar 20 hingga 30 milimeter sahaja. Berbentuk payung berwarna putih keperangan. Ia juga mempunyai tangkai atau batang yang panjang sekitar 60 hingga 70 milimeter. Cendawan ini sama seperti cendawan yang lain, boleh dimakan secara goreng dan direbus.
9. CENDAWAN TIRAM RAJA
Cendawan tiram raja mempunyai batang atau tangkai berdaging putih tebal. Kepalanya berbentuk payung kecil berwarna coklat. Teksturnya kenyal dan lembut. Ia akan mengeluarkan aroma tersendiri ketika dimasak. Cendawan ini juga dikatakan sangat bermanfaat untuk kesihatan. Disajikan dengan pelbagai jenis masakan, ia boleh digoreng, dibakar, ditumis dan sebagainya.
10. CENDAWAN BUSUT
Cendawan busut ini memang mudah dijumpai di kawasan kebun getah dan ladang kelapa sawit. Cendawan ini sama seperti cendawan tali, tumbuh di permukaan tanah yang terdapat anai-anai di bawahnya. Ia biasanya kembang di awal pagi dan mati dalam tempuh dua hari. Isi cendawan ini lembut dan mempunyai aroma yang wangi. Ia biasanya sedap dimasak sayur tumis dan dibuat sup cendawan.
11. CENDAWAN ABALONE
Cendawan Abalone adalah lazim dalam masakan Asia dan mempunyai badan yang lembap dan lazat. Cendawan Abalone terutamanya digunakan dalam stews dan stir-fries dan mempunyai kaya rasa.
Oleh kerana teksturnya yang besar dan gemuk, mereka popular di dalam masakan vegetarian.
12. CENDAWAN JERAMI
Cendawan ini mudah tumbuh di medium yang mempunyai sumber selulosa seperti jerami padi, sisa hampas sawit, sisa sagu, sisa kulit buah pala, sisa biji kopi, sisa kapas dan sisa kertas.
Cendawan jerami dipercayai banyak manfaatnya antaranya mampu mencegah penyakit diabetis, kurang darah, bebas karbohidrat serta mempunyai kesan anti kolestrol kepada yang mengamalkannya.
Selain itu, ia turut mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang tinggi.
13. CENDAWAN MOREL
Morel tumbuh dengan mudah di hutan utara America dan Eropah. Rasa unik mereka berharga kepada rakyat Perancis. Mereka lebih gemar menggunakan morel untuk dimasak dengan mentega atau digoreng rangup!
Di Malaysia, anda boleh dapatkan di pasar raya besar dan harganya tidak begitu murah, namun sekali sekala tak salah nak cuba kan?
Sumber: Mohd Izul
Baca juga: Jenis Pisang Yang Sedap Untuk Digoreng, Yang Terakhir Paling Digilai Ramai!
Apabila bercerita tentang pencuci mulut, terus teringin nak makan kek yang sedap. Nak buat dengan…
Penggemar ikan masin pasti sentiasa wajib ada stok di rumah. Namun, ramai yang mungkin tertanya-tanya…
Nampak macam karipap, tapi inilah kuih Apam Puri yang disukai ramai sekarang. Lebih-lebih lagi, inti…
Resepi kerepek gunting versi ini sesuai untuk anak kecil kerana tidak pedas. Ia juga tidak…
Pencuci mulut yang sedang tular ini terkenal dengan rasa kopi yang kaya dan tekstur yang…
Rempeyek adalah snek paling disukai ramai, terutama ketika musim perayaan. Biasanya dibuat dengan acuan, namun…