Selalunya ikan siakap memang orang masa tiga rasa, sebab kebanyakan orang rasa menu itu sahaja yang sesuai dengan ikan siakap. Tetapi sebenarnya banyak lagi menu yang kita boleh masak dengan ikan siakap, salah satunya dengan sos garlic butter. Rasa sos garlic butter ini lebih kurang dengan buttermilk jadi memang sedap. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nab’s Kitchen Diary di Cookpad.

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

30 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

SIAKAP GRILL GARLIC BUTTER

Selalunya ikan siakap memang orang masa tiga rasa, sebab kebanyakan orang rasa menu itu sahaja yang sesuai dengan ikan siakap. Tetapi sebenarnya banyak lagi menu yang kita boleh masak dengan ikan siakap, salah satunya dengan sos garlic butter. Rasa sos garlic butter ini lebih kurang dengan buttermilk jadi memang sedap. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nab’s Kitchen Diary di Cookpad.

BAHAN-BAHAN
BAHAN A (SOS GARLIC BUTTER)
  • 3 sdb mentega

  • 1 sdb jus lemon

  • 2 ulas bawang putih (cincang)

  • 1 sdb parsley

BAHAN B (IKAN)
  • 1/2 sdb serbuk bawang putih

  • 1/2 sdb serbuk paprika

  • 1/2 sdb serbuk bawang merah

  • 1/2 sdk garam

  • Ikan siakap (potong fillet)

  • 1 1/2 sdb minyak zaitun

CARA PENYEDIAAN
  • Untuk membuat sos, campurkan kesemua jus lemon, bawang putih, mentega dan parsley di dalam pan kecil dan panaskan menggunakan api kecil. Masak hingga mentega cair.

  • Campurkan serbuk bawang putih, serbuk bawang merah, paprika dan garam dalam mangkuk kecil. Perap ikan dengan campuran ini selama 5 minit.

  • Sebelum memanggang ikan, panaskan air fryer pada suhu 180 darjah selama 3 minit.

  • Sapukan sedikit minyak masak atas kepingan aluminium foil dan letakkan ikan di atasnya. Tutup keseluruhan ikan tersebut dengan aluminium.

  • Bakar ikan siakap pada suhu 185 darjah selama 7 minit. Kemudian, terbalikkan ikan dan sapu sos garlic butter pada permukaan ikan. Bakar lagi selama 7 minit.

  • Setelah selesai, keluarkan ikan dari air fryer dan tuang sedikit minyak zaitun ke atas ikan. Hidangkan segera.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.