Ibu-ibu yang sibuk bekerja mempunyai masa yang sangat limited di dapur, anda boleh cuba, menu nasi arang atau nama lainnya ruz makhbar. Kalau korang nak tahu, nasi arang ruz makhbar merupakan satu jenis nasi yang berperisa. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Ayudi’s Kitchen di Cookpad.

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

2 orang
HIDANGAN

NASI ARANG RUZ MAKHBAR

Ibu-ibu yang sibuk bekerja mempunyai masa yang sangat limited di dapur, anda boleh cuba, menu nasi arang atau nama lainnya ruz makhbar. Kalau korang nak tahu, nasi arang ruz makhbar merupakan satu jenis nasi yang berperisa. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Ayudi’s Kitchen di Cookpad.

BAHAN-BAHAN
BAHAN A
  • 2 cawan beras Basmathi yang direndam selama 30 minit

  • 4-5 ketul ayam

  • 1 daun salam, 1 kulit kayu manis, 1 bunga cengkih

  • Air dan garam secukupnya

BAHAN B (SAYUR)
  • 1 biji bawang besar dihiris

  • 2 ulas bawang putih

  • 2-3 cili benggala (bell pepper/ capsicums)

  • 1 sdk rempah hawaij / garam masala

CARA PENYEDIAAN
  • Rebus ayam itu sehingga masak. Keluarkan ayam yang sudah masak dan masukkan beras. Biarkan beras masak sehingga jadi nasi.

  • Tumis bawang-bawang dan masukkan lada benggala. Masukkan rempah dan garam secukup rasa. Masukkan ayam yang sudah masak tadi kedalam dan kacau sehingga lada benggala lembut.

  • Kalau rajin bakarlah arang dan tutup periuk biarkan arang meresap keseluruh nasi dan ayam. Cara bakar arang, bakar dulu arang dan ambil bekas tahan haba ataupun bentukkan aluminium foil bentuk menjadi mangkuk. Letak sedikit minyak. Bila arang dah terbakar, masukkan ke dalam mangkuk berisi minyak dan tutup periuk selama 5 minit.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.