ikan lengat

Ikan lengat goreng merupakan menu yang ringkas tapi sentiasa menjadi pilihan ramai. Lauk ‘legend’ ini juga  cukup terkenal sehingga sekarang.

Walaupun rupanya tidak seberapa, tetapi sajian ala kampung ini tidak boleh dipandang rendah kerana rasanya sangat sedap.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, lengat bermaksud kukus. Di beberapa buah negeri di Pantai Timur, ikan lengat juga dikenali sebagai ikan kukus.

Kalau ada yang berminat nak cuba masak ikan lengat ini, jom ikuti resipi yang dikongsikan oleh Aishah Yap di bawah.

Baca juga: Resipi Ikan Siakap Masak Taucu, Menu Ringkas Tapi Sangat Membuka Selera

RESIPI IKAN LENGAT GORENG RANGUP

Bahan-bahan:
  • 10 ekor ikan kembung
  • Segenggam pes asam jawa
  • 2 sudu makan garam

Cara-cara:

1. Siang ikan macam biasa, Kemudian kelarkan.

2. Ramas asam jawa dengan setengah cawan air. Garam kena letak banyak, dalam gambar ini letak 2 sudu makan garam.

3. Kemudian salutkan pada ikan sehingga rata. Perap selama 30 minit.

ikan lengat

4. Seterusnya masak atas api sederhana sehingga mendidih. Bila dah mendidih, terus tutup api.

5. Biarkan ia suam seketika sebelum digoreng.

6. Panaskan minyak di dalam kuali, goreng ikan tadi sehingg garing seperti dalam gambar.

7. Ini bukan hangit ya, tetapi memang rupanya seperti ini. Boleh dimakan sehingga ke tulang kerana tulangnya rangup dan lembut. 

ikan lengat

Kredit resipi dan gambar: Aishah Yap

Baca juga: Masak Ikan Keli Guna Air Fryer, Hasilnya Garing Di Luar & ‘Moist’ Di Dalam!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN