ikan kerapu 3 rasa

Entri hari ini kami kongsikan resipi ikan kerapu 3 rasa yang sangat rangup dan sesuai untuk anda yang kebuntuan idea untuk masak lunch.

Ikan kerapu 3 rasa ini mempunyai kuah yang dicampur dengan jus limau nipis dan tomato memberikan rasa masam yang tidak terlalu kuat, namun cukup untuk membangkitkan selera.

Mungkin ada yang tidak tahu sekiranya nak bagi menu ini lagi sedap, anda perlu campurkan air asam jawa dan gula melaka dalam kuahnya.

Jom kita baca resipi penuh di bawah ini.

Baca lagi: Resipi Beef Noodle Ala Masakan Cina, Lagi Sedap Guna Daging Segar!

RESIPI IKAN KERAPU 3 RASA

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan kerapu
  • Tepung goreng serbaguna
  • 1 sudu besar pes asam jawa
  • 1 ketul mini gula melaka (ditumbuk hancur)
  • 1 mangkuk kecil sos ikan
  • Jus dari 1 biji limau nipis
  • 1 biji bawang merah (dihiris)
  • 5 tangkai cili padi (dipotong kecil)
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • 1 akar daun ketumbar (diracik)
  • Bawang putih cincang (pilihan)

Cara Penyediaan:

1. Dalam mangkuk, campurkan air panas, pes asam jawa, gula melaka, sos ikan, jus limau nipis, hirisan bawang merah, cili padi, dan tomato.

ikan kerapu 3 rasa

2. Tambah bawang putih goreng (jika mahu) untuk memberi lebih rasa.

3. Gaul hingga semua bahan sebati. Perasakan dengan sedikit gula dan garam mengikut citarasa.

4. Akhir sekali, masukkan racikan daun ketumbar untuk melengkapkan rasa kuah.

5. Hiris bahagian badan ikan kerapu untuk memudahkan ia masak sekata.

6. Salutkan ikan dengan tepung goreng serbaguna sehingga rata.

7. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga berwarna keemasan dan rangup.

ikan kerapu 3 rasa

8. Angkat ikan dan toskan minyak berlebihan.

9. Letakkan ikan goreng di atas pinggan, kemudian tuangkan kuah yang telah disediakan tadi ke atas ikan.

Sumber: Zurina Zulkefli

Baca lagi: Resipi Nasi Ayam Hainan Homemade, Buat Sendiri Lagi Puas Hati & Cukup Rasa!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN