ikan keli berlada

Ikan keli berlada merupakan salah satu hidangan tradisional yang digemari ramai. Dengan gabungan ikan keli yang digoreng garing dan sambal pedas yang harum, hidangan ini pasti menjadi pilihan untuk makan tengah hari bersama keluarga.

Selain itu, untuk rasa yang lebih sedap anda perlu menggunakan ikan keli yang segar. Tambahan lagi, rendam ikan dengan air asam jawa sebelum dimasak untuk mengurangkan bau hanyir ikan ini.

Kalau anda suka, tambahkan sedikit perahan limau nipis ke dalam sambal untuk memberikan rasa yang lebih seimbang.

Berikut adalah resepi lengkap untuk anda cuba!

Baca lagi: Daging Kicap Pekat Dijamin Mudah, Lagi Lama Masak, Lagi Sedap!

RESIPI IKAN KELI BERLADA

Bahan-Bahan Utama:

  • 1 kg ikan keli
  • Garam (secukup rasa)
  • Serbuk kunyit (secukup rasa)
  • 2 batang serai – dititik
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 asam keping
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Gula dan garam (secukup rasa)
  • Minyak masak

Bahan Kisar Kasar:

  • Cili merah
  • Cili hijau
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Untuk rasa lebih pedas, tambahkan cili padi

Cara-Cara Memasak:

1. Bersihkan ikan keli dengan teliti. Anda boleh memotong ikan keli atau membiarkannya seekor-seekor, mengikut kesukaan.

2. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya.

3. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan beberapa keping asam keping ke dalam minyak untuk mengelakkan ikan keli melekat dan meletup semasa digoreng.

4. Goreng ikan keli sehingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.

5. Kisar kasar cili merah, cili hijau, bawang merah, dan bawang putih.

6. Dengan menggunakan lebihan minyak gorengan ikan tadi, tumis serai yang telah dititik sehingga naik bau.

7. Masukkan bahan kisar kasar tadi. Tumis sehingga pecah minyak. Untuk rasa sambal yang lebih sedap, gunakan api sederhana dan masak lebih lama.

8. Tambahkan sos tiram, asam keping, gula, dan garam secukup rasa ke dalam sambal. Gaul rata dan biarkan bahan tumisan masak sehingga betul-betul sebati.

9. Masukkan daun limau purut yang telah dicarik untuk aroma yang lebih wangi.

10. Akhir sekali, masukkan ikan keli yang telah digoreng tadi ke dalam sambal. Gaul rata sehingga ikan bersalut sepenuhnya dengan sambal berlado.

11. Tutup api dan hidangkan ikan keli berlada anda bersama nasi panas.

Sumber: Nur Masri

Baca lagi: Roti Telur Cheese, Resipi Sarapan Pagi Yang Ringkas Tapi Padu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN