Masakan kali ini hanya menggunakan enam bahan sahaja, memang jimat masa dan tenaga. Siapa dekat sini tak makan burung puyuh? Rugi tau kalau korang tak makan, sebab rasa isi burung puyuh tu memang sedap dan tak jemu bila makan. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Umi Minarni di Cookpad.

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

20 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

BURUNG PUYUH GORENG KERISIK

Masakan kali ini hanya menggunakan enam bahan sahaja, memang jimat masa dan tenaga. Siapa dekat sini tak makan burung puyuh? Rugi tau kalau korang tak makan, sebab rasa isi burung puyuh tu memang sedap dan tak jemu bila makan. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Umi Minarni di Cookpad.

BAHAN-BAHAN
  • 4 ekor burung puyuh saiz A

  • 1 paket kerisik Agromas

  • 1 sudu besar sambal tumis Maggi

  • 2 biji bawang putih

  • 1 inci halia

  • 1 inci kunyit hidup

Kredit: Umi Minarni

CARA PENYEDIAAN
  • Potong burung puyuh, bersihkan serta toskan. Tumbuk bawang putih, halia dan kunyit. Gaulkan bahan tumbuk, kerisik dan sambal tumis di dalam bekas burung puyuh. Perap selama 15 minit saja. Lagi lama perap lagi sedap.

  • Panaskan minyak dan goreng burung puyuh. Kemudian tutup dengan tudung kuali. Balik-balikkan burung sehingga garing dan masak. Siap boleh diangkat dan dimakan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.