bubur yang sihat

Jom cuba buat bubur sihat atau Oat Gurih (Savoury) yang mudah dan lagi sihat ini. Bubur ini menggunakan oat bagi menggantikan beras.

Biasanya orang makan oat dengan buah atau madu kan? Kali ini jom tukar selera pula. Rasanya juga sangat sedap! Sesuai juga untuk anda yang mahu menurunkan berat badan.

Jom lihat resipi hasil perkongsian oleh Kamarul Ariffin di bawah. Selamat mencuba!

Resipi Bubur Yang Sihat & Mudah

bubur yang sihat

Bahan-bahan: (2 orang makan)

  • 10-15 sudu “oat cepat masak”
  • 2 butir telur
  • 1 tangkai daun bawang
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • 4 biji cendawan
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar emping cili
  • ½ kiub pati ayam

Cara-cara:

1. Tumis bawang putih dan halia yang telah dicincang.

2. Masukkan cendawan shitake yang sudah dicuci dan dihiris nipis. Tumis sehingga ia layu sedikit. Kalau kering sangat, letak sesudu air. Shiitake segar ni, bau dia tak kuat macam shiitake kering. Yang kering tu, orang kata bau petai.

3. Letak sedikit kicap cair, atau kicap perasa(seasoning). Kicap ni masin, jadi berpada-pada bila gunakannya. Nak gantikan denga kicap lemak masin pun boleh sahaja.

4. Kalau cendawan dah macam ni, boleh angkat dan ketepikan.

5. Panaskan air sehingga menggelegak, kecilkan sikit api, dan masukkan oat kita. Kemudian reneh sampai dia kembang. Saya guna secawan air, tapi kalau kaluan suka bubur yang lebih cair, maka lebihkan air.

bubur yang sihat

6. Ini oat yang saya gunakan. Nak gunakan jenama lain pun boleh, tapi pilih oat yang “quick cook” sebab ia lebih cepat dimasak berbanding oat biasa. Yang ini, 2 minit dah kembang.

7. Masukkan kiub perasa ayam atau ikan bilis. Nak lebih sihat, gunakan air rebusan ayam. Kalau tak mahu letak apa-apa perasa tambahan, boleh langkau. Cuma kena tambah garam sedikit.

8. Bila oat dah jadi bubur, letak dalam mangkuk dan sedia untuk dihiris bersama lauk sampingan.

9. Bila dah letak dalam mangkuk, dah letak telur, dah letak cendawan, dah tabur cili emping dan daun bawang, maka kita boleh renjiskan sedikit minyak bijan dan kicap cair untuk menaikkan selera!

10. Cara buat telur ‘poach’. Keluarkan isinya dari cengkerang dan masak di dalam air yang mereneh. Poach selama 2-3 minit dan tos.

11. Sedap! Masin, pedas, dan berlemak (kuning telur). Sesuai dimakan sewaktu sarapan atau waktu tak sihat. Lauk iringan tu boleh tukar ikut selera dan kreativiti kalian. Selamat mencuba!

bubur yang sihat

Kredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan

Baca juga: Cara Mudah Buang Biji Cili Kering, Tak Perlu Potong Satu-Satu. Tangan Pun Tak Pijar

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN