gulai udang nanas

Entri hari ini kami akan kongsikan resipi gulai udang nanas tumis darat yang semestinya tak boleh lawan mana-mana menu Melayu lain!

Sedap dipadankan dengan sambal belacan dan ulam-ulaman. Mesti dah tak pandang kiri atau kanan.

Jom kita tengok resipi perkongsian Encik Khairul Abdullah ini.

Baca lagi: Cara Buat Udang Telur Masin Tanpa Rebus Telur, Bau Nikmat!

RESIPI GULAI UDANG NANAS TUMIS DARAT

Bahan-Bahan:

  • 8-10 ekor udang sederhana (dibersihkan)
  • ½ biji nanas (dipotong kecil)
  • 1 pek rempah kari udang Cap O
  • 1 kotak santan
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang merah (dihiris nipis)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 asam keping
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

1. Campurkan rempah kari udang Cap O dengan setengah cawan air dan bawang yang telah ditumbuk. Kacau sehingga menjadi pes.

2. Masukkan pes kari ke dalam periuk bersama ½ kotak santan. Kacau atas api sederhana sehingga pecah minyak.

3. Tambahkan baki santan ke dalam periuk. Jika ingin kuah lebih, boleh tambahkan sedikit air.

4. Masukkan udang, nenas, asam keping, dan garam secukup rasa. Biarkan kari mendidih perlahan-lahan hingga udang masak dan kuah sebati.

5. Tumis bawang merah, bawang putih yang dihiris, serta daun kari sehingga garing.

6. Tuangkan tumisan ini ke dalam kari yang sudah mendidih tadi. Kacau sebentar dan kemudian tutup api.

Selamat mencuba!

Sumber: Khairul Abdullah 

Baca lagi: Lelaki Ini Kongsi Resipi Kari Kambing Paling Simple, Mudah Yakmat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN