gulai ikan masin

Gulai ikan masin tumis darat yang sangat mengiurkan ini akan membuatkan anda bertambah-tambah nasi. Lauk yang sedap dan baunya harum sangat tak sesuai untuk mereka yang sedang dalam fasa diet.

Jom MyResipi kongsikan resipi istimewa gulai ikan masin tumis darat versi Mariana Zainal menerusi laman Facebook.

Baca juga: Rempah Giling Gulai Cara Orang Dulu Dulu, Sedap Buat Gulai Ikan

RESIPI GULAI IKAN MASIN TUMIS DARAT

Bahan-bahan:

  • 2-3 ekor ikan duri masin atau ikan talang masin potong. (potong ikut cara anda sendiri)
  • 1 1/2 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • Sedikit halia (dikisar)
  • Sedikit air (untuk proses pengisaran)
  • 4 sudu makan rempah kari ikan
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 3 1/2 cawan santan daripada sebiji kelapa atau 1 kotak santan
  • 2 cubit gula
  • Sedikit bahan perasa (jika perlu)
  • 1 1/2 biji asam keping atau 1/2 cawan air asam jawa sederhana cair
  • Terung bulat (potong 4)
  • Kacang panjang

Bahan tumis darat:

  • 1 biji bawang besar (hiris nipis)
  • 3 ulas bawang putih (hiris)
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 sudu teh halba campur
  • 5 tangkai cili kering (potong serong)
  • 2 senduk minyak masak

Cara memasak:

1. Campurkan bahan kisar, air asam jawa, rempah kari, gula dan sedikit perasa dalam periuk. Masak selama 5 minit untuk memastikan rempah masak dengan baik.

2. Masukkan santan sekiranya rempah sudah masak. Apabila santan mula mendidih, tambahkan terung bulat.

gulai ikan masin

3. Setelah terung mulai lembut, masukkan ikan masin. Pastikan api diturunkan dan kacau dengan kerap untuk elakkan santan pecah.

4. Setelah mendidih, masukkan kacang panjang. Apabila sayur sudah lembut, sesuaikan rasa dengan dengan garam jika perlu.

5. Kemudian, tutup api.

6. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis darat sehingga garing.

7. Tuangkan bahan tumis darat bersama minyaknya ke dalam kuah gulai yang sudah dimasak.

8. Hidangkan dengan nasi panas.

Selamat mencuba.

Kredit gambar dan resipi: Mariana Zainal

Baca juga: Gulai Ikan Talang Kering Dan Nenas Tumis Darat, Memang Bertambah Pinggan Dibuatnya!

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN