Kacang remunggal atau nama lainnya munggai dan kacang kelo ini berasal daripada India. Kebiasaannya buah kacang remunggal ni orang Malaysia suka buat dalam masakan sebab ianya banyak zat dan sedap bila dimakan. Jom cuba resepi kari rusa kacang remunggal yang dikongsikan oleh Salina Jalaludin di Cookpad.

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

45 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

KARI RUSA KACANG REMUNGGAL

Kacang remunggal atau nama lainnya munggai dan kacang kelo ini berasal daripada India. Kebiasaannya buah kacang remunggal ni orang Malaysia suka buat dalam masakan sebab ianya banyak zat dan sedap bila dimakan. Jom cuba resepi kari rusa kacang remunggal yang dikongsikan oleh Salina Jalaludin di Cookpad.

BAHAN-BAHAN
  • 7  batang kacang munggai (dibuang kulit dan dipotong pendek)

  • 400 gm daging rusa (dipotong kecil)

  • 3 biji bawang merah (dihiris nipis)

  • 2 ulas bawang putih (dihiris nipis)

  • 1 inci halia (dimayang halus)

  • 1 batang kulit kayu manis

  • 5 biji bunga cengkih

  • 1 kuntum bunga lawang

  • 1 sudu teh jintan manis

  • 5 sudu besar serbuk kari daging

  • 3 sudu besar serbuk cili

  • 1 1/2 liter air

  • 2 tangkai daun kari

  • 1 keping asam gelugor

  • 2 sudu besar garam

CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan jintan manis sehingga naik bau.

  • Masukkan serbuk kari, serbuk cili dan air. Masak sehingga pecah minyak.

  • Masukkan daun kari, daging rusa dan kacang Remunggal. Masak sehingga mendidih.

  • Perasakan dengan garam dan asam keping. Masak sehingga kuahnya menjadi pekat. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.