Siapa je yang tak makan croissant dan donut kan? Hari ini kita kongsikan dekat korang resepi gabungan daripada croissant dan juga donut, memang sedap dan sangat mudah ya untuk buat cronut pie ni. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Amalygmanis di Cookpad.

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

1 jam
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

CRONUT PIE

Siapa je yang tak makan croissant dan donut kan? Hari ini kita kongsikan dekat korang resepi gabungan daripada croissant dan juga donut, memang sedap dan sangat mudah ya untuk buat cronut pie ni. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Amalygmanis di Cookpad.

BAHAN-BAHAN
BAHAN A (KULIT PUFF)
  • 1 pek kecil kulit puff pastry jenama Kawan

BAHAN B (INTI)
  • 1 biji epal merah

  • 1 sdb gula

  • 1 sdb butter

  • 1/4 sdk cinnamon powder

  • 1/2 sdb jus lemon atau limau nipis

Kredit: amalygmanis

CARA PENYEDIAAN
  • Buat inti dahulu. Potong dadu epal dan masukkan di dalam periuk bersama gula dan mentega. Apabila dah nak tutup api, masukkan jus lemon dan serbuk kayu manis.

  • Tutup inti dengan plastik wrap dan sejukkan di dalam peti sejuk sekejap.

  • Gunakan cetak donut yang kecil, kalau nak guna besar pun boleh dan untuk base, gunakan semua bulatan termasuk yang tengah-tengah untuk tutup bahagian atas, ambil yang berbentuk donut sahaja. Tak perlu bulatkan tengah-tengah.

  • Bakarkan dalam ketuhar dengan suhu 160 darjah  selama 25-30 minit mengikut tahap kepanasan ketuhar masing-masing.

  • Letakkan sama ada Biscoff spread , Nutella atau karamel di atasnya supaya lebih sedap.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.