fungsi minyak bijan

Jika minyak masak sudah habis di rumah, anda masih boleh gunakan minyak bijan sebagai alternatif. Sebenarnya, banyak fungsi minyak bijan yang digunakan untuk memasak.

Minyak bijan ialah minyak sayur yang diperbuat daripada biji bijan mentah atau dipanggang, di mana biji ini diperoleh daripada tumbuhan bijan yang dikenali Sesamum indicum.

Minyak daripada bijian yang kaya dengan nutrisi ini juga terkenal penggunaannya dalam perubatan alternatif, urutan tradisional hinggalah moden.

Selain daripada kaya dengan antioksidan, minyak bijan juga dapat membantu meningkatkan metabolisme dan mengekalkan keseimbangan hormon dalam tubuh.

Walaupun mempunyai pelbagai nutrisi menarik, namun tak ramai yang gunakan minyak bijan dalam kehidupan seharian kerana majoriti lebih suka menggunakan minyak masak.

Oleh itu, kami nak kongsikan beberapa fungsi minyak bijan yang bagus untuk anda gunakan semasa memasak di dapur. Jom kita tengok kegunaannya!

Baca juga: Jenis Tauhu Sedap Dan Lembut, Yang ‘Last’ Itu Ramai Guna Buat Masak!

FUNGSI MINYAK BIJAN UNTUK MEMASAK

1. Sebagai bahan alternatif untuk mengelak rebusan melekat.

fungsi minyak bijan

Selain daripada olive oil, anda boleh menggunakan minyak bijan untuk merebus pasta. Bukan saja bertambah lazat, malah ia dapat mengelakkan pasta daripada melekat.

2. Pelengkap rasa untuk mee.

fungsi minyak bijan

Jika sering buat mee sebagai hidangan untuk seisi keluarga, minyak bijan wajib ada di dapur. Minyak bijan mampu beri kelainan dan rasa sedap yang tersendiri dalam gorengan mee tau.

3. Digunakan sebagai minyak tumisan.

Kegunaan ini paling disukai ramai, terutamanya golongan mak-mak yang suka menumis di dapur. Dengan sedikit minyak bijan sebagai tumisan, masakan anda akan jadi lebih sedap.

4. Sebagai penyedap masakan.

Nak tahu bahan rahsia untuk buat nasi goreng sedap seperti di kedai makan? Semestinya minyak bijan jadi pilihan. Bukan saja bertambah sedap, malah nasi goreng jadi elok berderai.

Betapa bergunanya fungsi minyak bijan ini sampaikan ia membuat pelbagai hidangan menjadi lebih sedap daripada biasa. Jika tiada minyak masak di rumah, boleh ganti dengan minyak bijan saja.

Semoga bermanfaat!

Sumber: PnSyuhaida

Baca juga: 5 Jenis Ikan Kering Yang Popular Sebab Sedap, Tapi Tak Boleh Makan Selalu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN