Mesti ramai dekat sini dah bosan duduk rumah sebab PKP dan tak boleh keluar lepak minum dekat kafe hipster kan? Jangan risau, dekat rumah pun korang boleh buat air sama macam di kafe, duit pun jimat tau. Paling penting mesti sedap sebab air tangan sendiri. Jom cuba resepi Milomocha Freak Shake yang telah dikongsikan oleh Kakak Faa di Cookpad!

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Mudah

FAKTA MASAKAN

10 min
PENYEDIAAN

1 orang
HIDANGAN

MILOMOCHA FREAK SHAKE

Mesti ramai dekat sini dah bosan duduk rumah sebab PKP dan tak boleh keluar lepak minum dekat kafe hipster kan? Jangan risau, dekat rumah pun korang boleh buat air sama macam di kafe, duit pun jimat tau. Paling penting mesti sedap sebab air tangan sendiri. Jom cuba resepi Milomocha Freak Shake yang telah dikongsikan oleh Kakak Faa di Cookpad!

BAHAN-BAHAN
  • 3 senduk aiskrim vanila chocolate

  • 1 cawan susu full cream

  • 1 sudu besar susu tepung

  • 2 sudu besar Milo

  • 1 sudu kecil nescafe

  • 3 sudu besar nestum

  • 2 keping KitKat

BAHAN-BAHAN TOPPING
  • 2 sudu besar chocolate Cadbury (cairkan)

  • 1 paket Milo nuggets

  • 1 sudu besar whipped cream

  • 1 sudu besar Milo Fudge (1 sudu besar milo + 1 sudu kecil air panas)

  • KitKat, cookies dan taburan Milo

Kredit: Kakak Faa

CARA PENYEDIAAN
  • Kisarkan 3 scoop aiskrim vanilla chocolate dan semua bahan milkshake hingga sebati.

  • Sejukankan dalam peti beku. Ratakan chocolate cadbury pada keliling gelas.

  • Lekatkan Milo nuggets. Tuang milkshake. Hiaskan dengan topping mengikut citarasa.

  • Siap dan boleh diminum.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.