daging masak kicap simple

Tengah fikir lauk apa yang nak dimasak pada hari ini, tapi lebih suka lauk yang ringkas dan cepat dibuat seperti Daging Masak Kicap simple.

Daging Masak Kicap simple bukan saja sesuai dimakan pada bila-bila masa, malah ia boleh dimakan oleh semua peringkat umur, bermula dari kanak-kanak sehingga orang dewasa.

Apa yang kami boleh katakan, lauk hidangan ini merupakan antara pilihan ramai yang sukakan resipi berasaskan daging, sampai tak jemu memakannya setiap hari.

Jika ingin tahu cara buat Daging Masak Kicap simple, anda boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Masni Bahari di Facebook ini. Jom cuba!

Baca juga: Daging Goreng Kunyit Berkuah, Sudah Cuba Sekali Pasti Nak Buat Lagi

RESIPI DAGING MASAK KICAP SIMPLE

daging masak kicap simple

Bahan-bahan:

Bahan-bahan hiasan:

  • Bawang besar (dipotong bulat)
  • Tomato
  • Cili hijau atau cili merah
  • Daun sup

Cara-cara:

1. Rebus daging dalam periuk sehingga empuk dan ketepikan dahulu.

2. Selepas itu, tumis bahan kisar sehingga naik bau, kemudian tuangkan daging. Jika boleh, ambil air daging yang direbus tadi dan letakkan sedikit ke dalam kuali.

3. Masukkan kicap, sos tiram, air asam jawa, garam, serbuk perasa dan lada hitam, kemudian kacau dan biarkan kuah pekat sedikit.

4. Letak semua bahan hiasan di atasnya. Siap untuk dihidang!

daging masak kicap simple

Pastikan untuk rebus daging sehingga betul-betul empuk supaya hidangan anda tak liat apabila dikunyah nanti.

Sesetengah orang lebih sukakan Daging Masak Kicap simple yang berkuah cair. Oleh itu, anda hanya perlu letak lebih banyak air lagi.

Jom jadikan hidangan ringkas tapi sedap ini sebagai lauk tengah hari anda pada hari ini. Namun, tiada masalah jika anda nak jadikannya sebagai lauk untuk makan malam juga.

Selamat mencuba!

Sumber: Masni Bahari

Baca juga: Cara Masak Daging Rangup (Crispy Beef), Makan Sampai Bunyi ‘Kruk Kruk’

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN