daging dendeng balado

Pelbagai resipi masakan daging yang sering dijadikan sebagai hidangan lauk di rumah. Kali ini, kami kongsikan cara masak Daging Dendeng Balado Cili Hijau yang sungguh sedap.

Dendeng merupakan daging kering yang dihiris tipis, diawetkan melalui campuran gula dan rempah serta dikeringkan melalui proses menggoreng.

Jika anda pernah singgah di restoran nasi Padang, pasti akan nampak lauk ini terhidang kerana ia merupakan kesukaan ramai terutamanya orang Minang.

Nak makan lauk yang sedap ini bersama keluarga, boleh ikut resipi Daging Dendeng Balado Cili Hijau yang dikongsikan oleh Salamah Ayudia di Facebook. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Daging Bakar Thai, Ada Rahsia Pencicah Yang Sedap Menyengat!

RESIPI DAGING DENDENG BALADO CILI HIJAU

daging dendeng balado

Bahan-bahan:

  • 500 gram daging lembu (dihiris nipis, direbus selama 10 minit, kemudian tumbuk daging supaya lebih empuk)
  • 3 helai daun limau purut
  • 100 gram cili hijau (jika nak pedas, boleh tambah lada cayenne hijau)
  • 1 tomato hijau
  • 6 ulas bawang merah

Bahan rempah kisar:

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil ketumbar
  • 1 ruas halia

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, hiris nipis daging lembu, rebus selama 10 minit, kemudian tumbuk daging supaya lebih empuk (air rebusan daging jangan dibuang dulu).

2. Setelah selesai ditumbuk, goreng sebentar lebih kurang 5 minit.

3. Selepas itu, kisar kasar cili hijau, bawang merah (tak terlalu halus) dan hiris tomato hijau.

4. Kemudian, tumis rempah kisar sehingga masak.

5. Masukkan daun limau purut, cili hijau dan tomato, kemudian tumis sehingga agak layu.

6. Seterusnya, masukkan daging yang telah digoreng bersama ½ cawan air rebusan untuk merebus daging.

7. Akhir sekali, perasakan dengan garam, gula, serbuk stok dan masak sehingga kuah menyerap, kemudian sesuaikan rasanya. Siap untuk dihidang!

daging dendeng balado

Peminat daging wajib cuba Daging Dendeng Balado Cili Hijau ini kerana rasa pedasnya yang cukup memikat selera. Sekali cuba, pasti teringin buat lagi nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Salamah Ayudia

Baca juga: Nak Masak Daging Kicap Kering, Letak Satu Bahan ‘Ini’ Baru Aroma Memikat

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN