cempedak goreng

Cempedak goreng kalau beli di luar memang mahal harganya berbanding kalau anda buat sendiri di rumah. Walaupun sedikit renyah, tapi pasti akan puas hati.

Resipi untuk mendapatkan campuran cempedak goreng terlalu mudah untuk dibancuh. Pasti akan menjadi rebutan keluarga di rumah.

Jom baca resipi oleh Cik Puan Liana Ana yang dikongsikan melalui laman sosial Facebook milik beliau.

Baca juga: Resipi Sandwich Telur Creamy & Masam Manis, Tak Ramai Letak ‘Bahan Ini’

RESIPI CEMPEDAK GORENG

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil air kapur
  • Garam dan serbuk kunyit secukup rasa
  • 3 cawan air biasa

Cara Penyediaan:

1. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk besar dan gaul hingga sebati. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat atau cair.

2. Panaskan minyak dalam kuali.

3. Ambil 2 sudu besar minyak panas dan masukkan ke dalam adunan, kacau rata.

4. Celupkan cempedak atau makanan pilihan seperti ikan, sotong, atau udang ke dalam bancuhan tepung, kemudian goreng hingga keemasan.

Tips:

  • Untuk menambah rasa, boleh tambahkan serbuk jintan putih dan jintan manis ke dalam bancuhan.
  • Untuk membuat tumpi atau rempeyek, tambah ikan bilis yang dikisar dan hirisan daun limau purut ke dalam bancuhan. Jika suka, boleh juga tambahkan kacang dal atau kacang hijau.
  • Untuk adunan lebih rangup, tambah sebiji telur ke dalam bancuhan.

Cubalah resipi ini, hasilnya dijamin rangup walaupun setelah sejuk!

Sumber: Liana Ana

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Petua Sayur Goreng Kekal Hijau, Hasil Cantik Dan Tak Layu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN