carrot lembik

“Carrot lembik? Aduhai tak sempat guna lagi…”

Petua-petua dan tip di dapur bukan saja memudahkan urusan harian kita, malah ia juga berkesan untuk melanjutkan jangka hayat makanan.

Salah satu petua dapur yang ramai tak tahu adalah cara mengeraskan semula lobak merah yang sudah menjadi lembut dan layu.

Bila hal ini terjadi, biasanya kita terus buang saja lobak merah tu kan? Nak guna untuk masak pun sudah tidak berapa elok dan semestinya tidak sedap untuk dimakan.

 

Rupanya ada cara supaya carrot menjadi keras dan segar semula seperti baru dibeli. Barulah tak membazir! Masih boleh diguna untuk memasak.

Ikut saja tips yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, Munirah Jamaludin di bawah.

Baca juga: Petua Cuci Kerang & Lala Supaya Mudah Terbuka, Hilang Segala Pasir & Selut

Cara Keraskan Semula Carrot Lembik

Cara-caranya:

1. Kupas dan buang kulit lobak merah yang sudah menjadi lembut.

2. Potong kecil carrot tersebut dan rendam dalam semangkuk air. Biarkan seketika.

3. Hasilnya carrot akan jadi segar dan keras semula. Boleh digunakan untuk masak seperti biasa.

Semoga bermanfaat! Lihat video penuh di bawah.

@munirahjamaludin_

carrot dah lembik? Haaa.. jangan buang. Ni cara dia nak bagi fresh balik.. #tipsdapur #greatestmakanhits #fypシ

♬ Just the Two of Us LUVRS Remix – LUVRS

Sumber: TikTok @munirahjamaludin_

Baca juga: Tips Hilangkan Rasa Kapur Pada Mi Kuning, Rendam Dengan ‘1 Bahan’ Ini Saja

Baca juga: Petua Simpan Dedaun Sayuran Supaya Tahan Lama & Tak Kering, Tak Perlu Rendam Air Pun

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN