cara pilih betik

Buah betik merupakan buah kegemaran ramai. Namun begitu, tak ramai yang tahu cara pilih betik yang manis dan masak elok.

Jika tersalah pilih, buah yang dibeli tidak manis dan rasanya tawar. Oleh itu, jom MyResipi kongsikan 3 tips membeli buah betik ini.

Baca juga: Tips Beli Buah Oren Yang Manis, Kena Pilih Yang Ada Lubang Macam Ini

CARA PILIH BETIK MANIS

1. Perhati bentuk buah

cara pilih betik

Ketika sedang memilih buah betik di pasar raya, pastikan buah tersebut berbentuk lurus seperti gambar di atas. Rasanya dijamin manis dan mudah untuk dikupas.

Elakkan memilih buah yang atasnya kecil bawahnya besar atau sebaliknya. Hal itu kerana rasanya agak tawar dan mempunyai ruang kosong yang besar di dalamnya.

cara pilih betik

2. Lihat warna kulit 

Selain perhatikan pada bentuk buah, cara lain untuk memilih betik yang manis dan masak elok adalah dengan melihat pada warna kulit buah tersebut. Jika kulit masih berwarna hijau, ia bermaksud buah tersebut belum cukup ranum. 

3. Tekstur buah

Selain 2 tips di atas, anda juga perlu memegang buah dan jika teksturnya keras, ia bermaksud buah tersebut belum cukup masak. Elakkan memilih buah yang terlalu lembik kerana isi di dalamnya sudah lebam.

Sumber: TikTok Amirul Kamal

Baca juga: Tips Pilih Buah Mangga Yang Ranum, Manis & Lazat. Memang Berkesan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN